Eina Azman Tayang Body Hingga Dikecam Netizen
Baru – baru ini tular kisah yang netizen mempersoalkan mengapa Datin Paduka Eina Azman masih berlakon walaupon sudah kaya raya dengan harta yang melimpah ruah.
Namun Eina menjelaskan bahawa dirinya masih selesa berkerja dan tidak mahu melepaskan peluang yang sedia ada kerana dia mempunyai minat yang mendalam dunia lakonan.
Malah mengakui bahawa suaminya tidak pernah menghalang dirinya untuk masih bergerak aktif dalam dunia seni dan suka jika isterinya itu bekerja agar tidak terlalu bosan berada dirumahnya.
Lagi pula , dia mempunyai ramai pembantu rumah yang membantu dirinya menguruskan rumahtangga dan anak- anaknya ketika dia sedang sibuk berkerja.
Eina yang juga duta kepada produk terkenal , Maggi mengakui bidang lakonan adalah salah satu impiannya sejak kecil dahulu dan tidak mungkin akan melupakan impinannya itu begitu sahaja.
Dalam satu perkongsian Eina yang terbaru , kini menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik video menari bersama rakan artis yang lain demi mempromosikan bersiri The Maid 2.
Eina yang memakai baju serba hitam yang ketat dan seksi dikatakan keterlaluan sehingga membuatkan netizen memberikan komen yang tidak enak kepadanya.
Walaupun sudah bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata kembar, ramai mengagumi bentuk badan pelakon Datin Paduka Eina Azman yang sentiasa tampil langsing dan pandai bergaya.
https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/07/294193842_3147433832141212_8557194639626627201_n.mp4
Menjengah keruangan komen video berkenaan ramai yang memuji bentuk tubuh Eina dan meminta tips bagaiman kekal langsing dan jelita walaupon sudah beranak dan berusia.
Malah ramai juga yang mengkritik penampilannya dan tidak senang dengan pakaian yang dikenakan oleh Eina padahal dia sepatutunya boleh berpakaian sopan kerana sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna.
Ramai juga netizen yang mendokan agar dirinya diberikan hidayah dan berubah kearah yang lebih baik dan menjadi isteri serta ibu yang solehah kerana ramai yang menyayanginya sebagai pelakon yang sememangnya jelita dan lemah lembut.
Tidak membalas dan mengkritik netizen yang memberikan komen negatif kepadanya , Eina hanya membiarkan semua komen yang ditulis di media sosialnya tanap menutup komen di Ig milinya.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
