Akan Ada Tiga Modal Proton Yang Baharu Akan Guna Enjin 1.5L TGDi Dan Lancar Pada……
Jika sebelum ini ,Syarikat Proton telah membawa media tempatan mengunjungi kemudahan pemasangan trenkuasa 1.5 liter TGDi di kemudahan Tanjong Malim, Perak. Malaysia akan menjadi negara kedua selepas China memasang janakuasa tersebut yang mana pengeluaran bermula April lalu. Pada pembentangan tersebut, Proton telah mengesahkan selain X70 dan X50, tiga model baharu akan datang bakal menggunakan janakuasa 1.5 liter turbo yang akan diperkenalkan dalam tempoh 2023 hingga 2024.
Sumber: google image
Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah tidak mendedahkan model apakah yang bakal dilancarkan dahulu. Jika melakukan jejak digital, sebelum ini tular di media sosial imej intip SUV 7-kerusi yang akan digelar sebagai X90 menjalani ujian enduran di jalan raya. Berkemungkinan model ini akan dilancarkan terlebih dahulu. Disamping itu, dua model baharu yang bakal menjengah pasaran mengikut andaian adalah pengganti Exora dan Preve.
Sumber: google image
Model Proton yang akan datang akan menggunakan enjin 1477cc 3-silinder DOHC dengan bersaiz gerek 82mm dan lejang 93.2mm. Enjin pertama yang mulai ditawarkan adalah 1.5 liter TGDi yang akan mampu menghasilkan kuasa 130kW @ 5,500rpm dan tork 255Nm @ 1,500rpm. Enjin Kedua pula adalah 1.5 liter turbo ‘port fuel injection’ yang akan menghasilkan kuasa 110kW @ 5,500rpm, dan tork 226Nm @ 1,500rpm. Walaubagaimanapun, Proton juga akan mengkaji trenkuasa alternatif dan elektrik yang masih lagi dalam pembangunan.
Sumber: google image
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
