Harga Minyak Masak Tidak Bersubsidi Akan Turun Dalam Tempoh Dua Minggu Lagi

Harga minyak masak dijangka turun pada hujung bulan ini.

Kerajaan menjangkakan harga minyak masak tidak bersubsidi akan turun dalam tempoh dua minggu lagi berikutan penurunan harga minyak sawit mentah di pasaran dunia.

Menurut Pengerusi Pasukan Jihad Tangani inflasi, Tan Sri Annuar Musa, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) serta pengilang berkaitan yang bersetuju menurunkan harga secara berperingkat.

Baca juga:

Touch ‘n Go Lancar Kempen Galakkan Pembayaran Tanpa TunaiJualan Cedok-Cedok Mengandungi Unsur GhararSegerakan Penurunan Harga Minyak:

Beliau turut berkata, pihaknya mengesyorkan supaya ia dilaksanakan segera dalam masa terdekat selepas mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri minyak masak kelapa sawit pada Selasa lalu.

Semakan harga akan dibuat setiap minggu jika pelaksanaan penurunan nilai ini dilakukan segera.

Inisiatif terbabit diambil tidak memaksa mana-mana pihak, sebaliknya berharap industri berkenaan lebih bertanggungjawab kerana syarikat juga yang akan menentukan.

Beliau turut berterima kasih kepada persatuan pengeluar minyak yang bersetuju dengan cadangan menyegerakan penurunan harga.

Masalah Inflasi Dalam Negara:

Kerajaan akan terus meneliti langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah inflasi dalam negara dan mengelakkan situasi berkenaan berlanjutan.

Menurut Annuar, Menteri Komunikasi dan Multimedia, inflasi yang sedang dihadapi kini berlaku secara global kerana pasca COVID-19 yang mana semua aktiviti berjalan semula dan permintaan pelbagai industri meningkat, tetapi pengeluaran tidak pulih sepenuhnya.

Selain itu, peperangan antara Ukraine dan Russia turut menjejaskan urusan perdagangan dunia turut terjejas menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang di seluruh negara.

Inflasi ini berlaku menyebabkan dagangan dunia berubah bergantung kepada dasar kewangan dan monitori polisi negara tertentu terutama kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

 

Sumber: UTAMADAILY

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2022 21:15
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.