Shahir Sudah Bertunang Dengan Gadis Tawau , Cantik Orangnya

Penyanyi dan pelakon kacak , Shahir Zawawi kini sudah bergelar tunangan orang selepas majlis pertungannya bersama dengan gadis pilihan hatinya yang berasal dari Tawau, Sabah.

Majlis pertunangan telah berlangsung di kediaman pihak perempuan dengan majlis yang sederhanan dan dihadiri pihak keluarga serta sahabat terdekat kedua belah pihak.

Malah Shahir sempat membawa rombongannya berjalan ke kawasan menarik di tawau dan berjumpa serta mengenali saudara mara bakal isterinya itu.

“Alhamdulillah, segala urusan untuk majlis ini berjalan lancar hasil bantuan keluarga serta kawan terdekat yang turut sama membuat persiapan akhir.”

“Bukan saja dapat mengenali saudara maranya yang memang ramai di situ, saya juga ambil kesempatan untuk bawa emak abah jalan-jalan di Tawau. Ikutkan empat hari kami ada di sana.”

“Dari Kuala Lumpur rombongan kami hanya berenam membabitkan saudara terdekat dengan membawa bersama lima dulang hantaran,” katanya.

Dalam pada itu , Shahir mengakui bahawa dia tidak berniat untuk untuk sembunyikan wajah bakal isterinya itu namun akan mendedahkan selepas majlis pertunangan mereka dan demi menjaga privasi pihak perempuan.

Mengakui bahawa tunangannya itu seorang yang rendah diri dan masih belum terbiasa dengan dunia glamour sepertinya.

“Bukan saya sorokkan dia, kalau ada yang terjumpa kami di mana-mana lokasi ketika uruskan persiapan hari kenduri saya tak akan mengelak.

“Cuma untuk kongsi gambar dia di media sosial bukan sekarang. Saya belum dapat ‘lesen’ sebab kami tiada ada apa-apa ikatan lagi. Tunggu lepas tunang. Lagipun dia jenis ‘low profile’.

‘Dia belum biasa dengan senario kerjaya saya, biar dia kenal situasi ini secara perlahan-lahan,” katanya.

“Saya ada memberitahunya agar bersedia untuk berkongsi sedikit soal peribadi dengan masyarakat. Sebahagian hidup dia kena kongsikan dengan peminat.

“Walaupun sebelum ini dia rasakan perkara itu privasi, tetapi apabila berada dalam lapangan hiburan, mungkin sedikit daripada itu perlu dikorbankan,” jelas Shahir.

Shahir memaklumkan yang mereka akan melangsungkan perkahwinan dengan segera dan dua majlis resepsi bakal menyusul yang mana ia akan diadakan  di Kuala Lumpur dan Tawau.

Shahir turut menjelaskan pertunangannya itu dilakukan untuk memenuhi kehendak keluarga dan sekadar simbolik ikatan kekeluargaan.

“Orang kata tempoh bertunang ini ada dugaannya, jadi saya mengharapkan segalanya baik-baik sahaja dan tidak terlalu lama.

Malah Shahir juga bakal mendendangkan sebuah lagu khas berkenaan luahan hatinya kepada bakal permaisuri hatinya itu pada hari persandingan mereka nanti.

“Sebenarnya sekarang saya dalam proses menghasilkan lagu tersebut dengan dibantu rakan seperjuangan saya, Oja. Itu adalah luahan ketulusan saya terhadapnya.”

“Dia pun belum tahu mengenai lagu ini, tapi tak mengapa saya dedahkan lebih awal berkenaan kejutan istimewa ini. Lirik dendangan ini hanya akan saya perdengarkan kepadanya selepas kami sah jadi suami isteri,” katanya.

Berkongsi tentang perasaannya , Shahir, 34, berkenan dengan sifat lemah lembut dan mudah didekati telah membuatkan dirinya tertarik dengan wanita yang dikenali sebagai Ekin.

“Ada beberapa karakter yang dia miliki membuatkan saya tertarik untuk jadikan sebagai isteri.”

“Bagi saya perkahwinan, wanita bukan sahaja bergelar isteri, tetapi boleh menjadi kawan untuk tempat kita saling berkongsi susah senang bersama,” katanya lagi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2022 23:02
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.