Kopitan Classic Teluk Intan | Kafe Retro 90an Yang Awesome
Tidak dinafikan bahawa kita semakin dibawa oleh arus kemodenan dan Kopitan Classic Teluk Intan adalah salah satu tempat yang mampu mengembalikan memori lama.
Jika anda sudah bosan berkunjung ke kafe/restoran yang rata-rata sebahagian besarnya dihiasi dengan perhiasan futuristik dan moden, apa kata anda pergi ke Restoran Kopitan Classic Teluk Intan yang dipenuhi dengan barang-barang klasik!
Baca juga: The Jerai Hill Resort 2022 | Authentic . Floral View . Romantic
Terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan dan hanya berjarak lebih kurang 5 minit dengan berjalan kaki dari Menara Condong Teluk Intan, ia seharusnya menjadi tempat persinggahan yang sempurna untuk anda mengisi perut setelah penat berjalan seharian.
Dekorasi Kopitan Classic Teluk IntanKafe Kopitan Classic Teluk Intan ini sebenarnya ialah sebuah rumah banglo kayu 2 tingkat yang diberikan pengubahsuaian menjadi sebuah kafe/restoran. Klasik dan menggamit memori. Itulah yang anda akan tercetus dalam fikiran anda apabila anda menjejakkan kaki ke dalam kafe ini.
Perhiasan di luar premis kafe ini sendiri menunjukkan bahawa ia sangat unik dan ‘menonjol’. Di sebalik bangunan kayu, ia dihiasi dengan warna-warna ceria yang akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang lalu-lalang berhampiran kawasan ini.
Dari sudut dekorasi dalaman, di tingkat bawah terdapat beberapa sudut yang diperuntukkan khusus untuk mempamerkan perhiasan klasik seperti basikal lama, kabinet berisi cenderahati yang popular pada tahun 1990-an.
Juga beberapa rak yang diletakkan balang-balang biskut/jajan dahulu.

Manakala di tingkat atas, selain daripada ruang tempat makan terbuka, ia juga menawarkan ruang makanan yang semi-tertutup, bagi mereka yang inginkan sedikit privasi.
Yang pasti, dekorasinya juga tidak kurang hebat..dan klasik! Di sini anda akan disambut dengan gambar-gambar klasik serta pelbagai jenis dulang ‘retro’ yang dilekat di dinding.
Pilihan MenuTerdapat banyak pilihan menu yang disediakan di sini, dari masakan melayu seperti nasi lemak, mee kari, hingga ke menu western seperti pasta dan fries, dan antara menu istimewa ialah;
BlackPepper UdonSpicy Creamy Tangy SpaghettiPenang Original Asam LaksaPenang Nyonya Spicy Chicken AsamPenang Nyonya Spicy Asam Fish


Alamat: 1065-A, Jalan Mah Pooi Soo, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak.Waktu Operasi: Setiap Hari,12 tengahari – 8.30malam
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
