Berpelukan Di Genting Highland , Aksi Aliff Aziz & Intan Najuwa Buat Netizen Kecewa

Sejak beberapa hari lalu , tular di aplikasi TikTok tentang sebuah video yang memaparkan aksi mesra pelakon Aliff Aziz dan Intan Najuwa yang dilihat berpelukan dan berpegangan tangan di Genting Highlands.

Mereka dilihat bergambar sambil di Genting Higland berdua namun masih ramai yang berada disitu dan difahamkan kedua pelakon itu sedang menjalani penggambaran drama berjudul Jodohku Babysitter yang kini sedang ditayangkan di kaca televisyen.

Namun setelah video itu tersebar orang ramai masih marah dan memberikan pelbagai reaksi mengenai video tersebut dimana ada yang terkejut apabila Aliff bersentuhan dengan pelakon wanita tersebut.

 

 

Malah, netizen merasakan tindakan Aliff  itu tidak menghormati peluang yang diberikan oleh isterinya yang mana terlihat dia tidak menjaga batas sedangkan sebelum ini dia menyertai jemaah tabligh.

Aliff juga dikatakan sudah menginsafi perbuatannya sebelum ini dan banyak berkongsi tentang hijrahnya namun video terbaru ini membuatkan orang ramai tidak percaya lagi pada kesungguhan Aliff untuk merubah dirinya menjadi insan yang lebih baik.

 

 

Sesetangah netizen merasakan industri semakin ketandusan idea apabila terpaksa menerbitkan drama yang memerlukan pelakon membuat aksi yang tidak sepatutnya .

Artis juga seperti tidak mempunyai hak untuk menolak aksi tersebut dan nampaknya senang bersentuhan dan berpelukan di khalayak ramai tanpa rasa bersalah.

Namun Aliff dan Bella tidak memberikan komen berkenaan perkara tersebut dan ada yang mengatakan adegan itu sudah mendapat persetujuan daripada Bella yang juga berada di tempat kejadian tetapi niat tidak menghalalkan cara kerana ianya tetap haram dilakukan walalupun hanya sekadar lakonana sahaja.

Pasangan ini dikatalan berlakon sebagai kekasih dalam drama adaptasi novel karya Nureen Ahmad berjudul Jodohku Babysitter yang mana ia turut dibintangi Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Nina Juren, Isaac Iman dan ramai lagi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 14, 2022 21:35
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.