Banyak Kegunaan Uncang Teh Yang Telah Digunakan , Boleh Cuba Ni

Uncang teh yang sudah digunakan selalunya dibuang ke dalam tong sampah dan tidak digunakan lagi kerana rata- rata orang ramai tidak mengetahui kegunaannya .

Sebaiknya di simpan ke dalam bekas yang bertutup atau dikeringkan dahulu untuk kegunaan lainnya yang mana ianya boleh digunakan untuk kegunaan harian dan sememangnya berkesan.

Beberapa kegunaan teh selain daripada menjadi air yang sedap untuk diminum :

Segarkan Tanaman

Kandungan  enzim dan mineral yang di dalam uncang teh cukup besar manfaatnya pada tanaman , yang mana ia mampu menyuburkan tanaman malah pokok akan lebih cepat berbunga dan berbuah. Jadi selepas sahaja habis menggunakannya, letakkan sahaja pada tanaman atau kedalam pasu .

 

 

Melembutkan Daging 

Daging akan lebih lembut dan tidak berbau hanyir malah lebih segar . Caranya, perapkan daging dengan uncang teh yang telah digunakan dan untuk kesan yang lebih bagus gunakan 2 uncang bagi setiap kilo daging. Biarkan ia diperap bersama daging selama 30 minit kemudian masaklah seperti biasa.

 

Hilangkan Bau Kasut

Peluh akan mengakibatkan kasut berbau dan kaki juga menjadi busuk . Untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi boleh gunakan uncang yang sudah dikeringkan dan letakkan ke dalam kasut yang berbau. Boleh juga gunakan uncang yang masih baru namun hasilnya tidaklah sama seperti selepas digunakan.

 

 

Segarkan  Almari

Uncang teh bukan sahaja mampu menghilangkan bau kasut,tetapi ia juga boleh diletakkan ke dalam almari pakaian. Gunakan uncang teh yang sudah dikeringkan dan kemudian barulah digantungkan di dalam almari. Hasilnya baju berbau lebih harum dan segar. Bau kayu dari almari juga akan hilang.

 

 

Relakskan Mata

Uncang teh juga boleh mengatasi masalah mata yang letih dan kepenatan malah boleh menghilangkan lebam bawah mata yang menghantui semua orang . Rendamkan 2 uncang teh yang telah digunakan di dalam air sejuk selama 2 hingga 3 minit. Kemudian letakkan uncang tersebut di atas kelopak mata dan biarkan selama 10 minit.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2022 00:12
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.