Adakah Dengan Menggunakan Sabun Cuci Pinggan Boleh Hilangkan Watermark Kereta?
Kesan daripada tompokan air atau watermark pada cermin kereta tidak dapat dihindari sekiranya anda meletakkan kenderaan di kawasan tidak berbumbung. Lebih parah jika anda tidak kerap menghantar kereta ke pusat cuci, watermark ini akan melekat pada cermin sehingga sukar ditanggalkan. Ini kerana ada dua jenis watermark iaitu yang jelas kelihatan dan tidak lagi meresap pada lapisan coating kereta.
Ini mudah dibersihkan melalui cucian biasa, jika sedikit sukar dihilangkan boleh diatasi dengan proses polish. Sementara, watermark kedua pula disebabkan hujan asid yang meresap pada coating kereta. Jenis ini sukar dihilangkan kerana pemilik tidak terus membasuh kereta selepas terkena air hujan atau dibiarkan terlalu lama di bawah cahaya matahari.
Watermark juga akan terbentuk pada bahagian luar cermin kereta. Keadaan ini disebabkan titisan air, air hujan dan air embun pada permukaan cermin yang terkena cahaya matahari lalu menjadi kering pada permukaan cermin.
Sumber: google image
Kejadian yang berulang ini akan meninggalkan kesan watermark yang jelas kelihatan. Namun, disamping itu juga jika kesan bintik-bintik itu boleh dihilangkan menggunakan penghilang watermark . Namun, proses ini akan mengambil masa yang agak lama jika anda menghantar ke pusat cuci kereta. Untuk pihak cuci kereta yang akan menggunakan bahan kimia untuk menanggalkan watermark tersebut yang terutamanya yang sudah lama melekat pada cermin. Bahan yang telah digunakan akan merosakkan cermin jika anda melakukan sendiri dan tidak diserahkan pada yang pakar sahaja. Walaubagaimanapun, harga untuk menanggalkan kotoran pada cermin tersebut juga adalah mahal sedikit itu akan mengikut jenis model kenderaan yang anda gunakan.
Kesimpulannya yang telah dijelaskan di atas, jika watermark tersebut masih baru mungkin anda boleh menggunakan Labour. Namun, ada kotoran yang degil sudah lama menempel pada cermin kenderaan bukanlah sesuatu yang mudah dengan hanya menggunakan Labour watermark akan hilang. Anda masih perlu menggunakan penghilang watermark. Namun, tidak semua tips yang telah diberikan di media sosial itu sesuai digunakan mungkin kadang kala ia adalah informasi yang palsu.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
