“Saya Sebenarnya Dah Penat , ” – Syamsul Yusof
Syamsul Yusof kembali meletup apabila filem arahannya Mat Kilau kini sudah mencatat kutipan lebih RM53 juta, di pawagam dan dia mengakui sentiasa takut dengan kejayaan dikecapinya.
Syamsul berkata dia tahu dan sedar tentang ‘Istidraj’ yang diperkatakan segelintir pihak namun apa yang pasti dia sentiasa bersyukur di atas segala rezeki yang diberikan.
Malah sentiasa mahukan rezeki yang diberkati dan cuba melakukan yang terbaik dalam semua pembikinan filemnya termasuklah filem Munafik yang pernah mendapat kutipan yang paling tinggi sebelum Mat Kilau.
“Kita bukan Tuhan. ‘Don’t take a religion in the wrong way’. Apabila kena pada orang kita, Allah sayang. Tapi, bila kena pada musuh, kata Allah laknat. Apa benda ni, mana engkau tahu? Kita tak tahu. Ini untuk saya (rezeki), dan saya pun tak tahu.
“Saya selalu fikir, saya harap apa yang Allah berikan ini (rezeki) dirahmati, berkat. Saya pun, ialah cuba jaga pantang larang dalam membikin filem. Saya cubalah, saya harap.
“Apapun, saya sentiasa takut apabila meraih kejayaan besar. Macam filem Munafik 2 dulu berjaya, saya takut. Ini pula, Mat Kilau tak tahu apa lagi lepas ini, tapi saya hadap sajalah,” katanya.
Syamsul yang kini menjadi pedebatan tentang masalah yang melibatkan rumahtangganya yang masih tiada pengakhiran lagi apabila Syamsul mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
Mengenai filemnya juga mendapat banyak kritikan yang membina namun tidak kurang juga yang memberikan komen negatif tentang pembikinan filemnya itu walaupoun mendapat kutipan yang luar biasa.
Syamsul berkata dia sudah penat dan hanya mampu reda sahaja dengan segala kritikan dan pujian kerana dia tidak mampu untuk memuaskan segala kehendak orang ramai .
“Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah. Umpamanya, cuba bayangkan kalau Mat Kilau ini kurang sambutan, mesti akan kata, ‘ini semua pasal perangai kau lah, Allah balas.
“Apabila dah laku (Mat Kilau), ‘istidraj’. Jadi, apa saja akan kena. Sebab itu, saya reda saja. Saya pun ada buat silap, saya pun teruk juga,” katanya.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa , Syamsul hanya mampu mendiamkan diri dan membiarkan orang menilainya sendiri dan akan mulai bertindak jika ianya sudah melebihi batasan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
