Pendaftaran Sukarelawan Sukan SUKMA 2022 Kini Dibuka

Jom daftar sebagai sukarelawan SUKMA XX dan PARA SUKMA XX MSN 2022!

Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 14 kontinjen seluruh negara.

Program ini adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 menjangkakan untuk mengambil seramai 700 sukarelawan on-field di bawah program ini.

Baca juga:

Senarai Bantuan Perniagaan 2022BINGKAS Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor RM300 SebulanBidang Tugas:

Berikut adalah antara bidang tugas untuk para sukarelawan:

Pertamanya, setiap sukarelawan akan bertugas dalam salah satu dari 9 bidang tugas seperti yang dinyatakan di bawah.

Apabila ditugaskan nanti, setiap sukarelawan akan dipertanggungjawabkan dengan tugasan mengikut ketetapan yang diberikan.

Baca TERMA & SYARAT di SINI.

Tugas-Tugas Am:

Berikut adalah tugas-tugas para Sukarelawan SUKMA 2022:

Anti Doping.Teknologi Maklumat & Komunikasi.Pengangkutan.Media.Kesihatan Dan Perubatan.Sajian.Penginapan.Persiapan Venue.

Nota: Rujuk perincian bidang tugas di SINI.

Tarikh Pendaftaran Dibuka:

Pendaftaran dibuka mulai 1 Julai sehingga 15 Julai 2022.

Tarikh-Tarikh Penting:

Tarikh SUKMA XX 2022

16 September 2022 – 24 September 2022

Tarikh PARA SUKMA XX 2022

01 November 2022 – 06 November 2022

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Sukarelawan MSN 2022.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2022 21:55
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.