Bekas PA Dedah “Wajah” Sebenar Mak Wan Latah

Semalam , aplikasi Tik Tok telah menjadi perhatian ramai apabila nama Mak Wan diperkatakan oleh seorang individu yang mengaku dirinya sebagai bekas pengurus peribadi Mak Wan Latah,

Individu tersebut mengaku telah menjadi mangsa dan mahu mendedahkan perlakuan Mak Wan yang dikatakan mengamalkan perkara yang tidak baik dan melanggar hukum syarak .

Amell dalam satu temubual menjelaskan bahawa dirinya sudah lama menyimpan rahsia tentang pelakon itu namun mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.

Tetapi sudah tidak mampu bertahan untuk membela Mak Wan kerana mendakwa dirinya sendiri turut menjadi mangsa kepada perbuatan pelakon veteran tersebut.

Dia juga tidak mahu orang lain mengalami perkara yang sama dan diperlakukan seperti dirinya dan tidak mahu lagi menyembunyikan perkara tersebut daripada orang ramai.

Pada video yang seterusnya , Amell mempersoalkan tentang amalan Mak Wan yang seperti menyeru sesuatu dan menggunakan minyak yang tidak diketahui ramuannya untuk disapukan pada bahagian tertentu mukanya .

Perkongsian video tersebut mendapat banyak pembelaan daripada orang ramai kerana tidak mahu mendengar fitnah yang terjadi kepada Mak Wan yang terkenal sebagai wanita yang baik dan lemah lembut.

Malah ada yang berpendapat bahawa perkara tersebut adalah amalan syirik yang dilakukan oleh individu untuk membuatkan orang suka kepadanya, terpesona serta merasa kasih dengan si pemakai dan pengamal perbuatan tersebut.

Mungkin itu yang menyebabkan individu tersebut mengambil keputusan untuk terus menyebarkan perkara tentang Mak Wan di media sosial kerana mahu mendedahkan amalan yang dilakukan oleh Mak Wan sehingga orang sangat sukakannya dan sentiasa menyebelahinya.

 

“Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.”

“Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri.”

“Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000,” ceritanya lagi.

Malah Amell sudah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan dan mempunyai bukti bahawa pelakon itulah sebenarnya yang mengambil duitnya.

Amell turut memberitahu dia akan membuat satu lagi laporan polis di Ampang berkenaan kehilangan barang kemas miliknya pula.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai perkahwinan Mak Wan yang hanya bertahan tiga bulan sahaja selepas bekas suaminya menyifatkan perkahwinan itu sebagai episod hitam dan menyesal mengenali Mak Wan .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 27, 2022 00:58
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.