Jawatan Kosong Munsyi Dewan (Sastera) DBP Kini Dibuka
Munsyi Dewan ialah penceramah bahasa Melayu yang dilantik DBP untuk mengendalikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu di sektor awam dan swasta.
Munsyi Dewan bertanggungjawab menyampaikan maklumat mengenai Bahasa Melayu seperti yang telah diputuskan oleh DBP serta membantu DBP dalam menyampaikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu.
Baca juga:
Thailand Longgar Syarat Kemasukan Pelancong Mulai 1 Julai 2022Pemberian Subsidi Ayam Dan Minyak Masak Botol Ditarik BalikTarikh Permohonan Dibuka:Permohonan secara atas talian dibuka sehingga 15 Julai 2022.
Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun.Pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana atau Doktor Falsafah dalam jurusan Kesusasteraan Melayu daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.Pemohon mestilah memiliki hasil karya penulisan sendiri seperti novel, cerpen, puisi, esei, teori, dan kritikan sastera atau biografi.Pemohon mestilah bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kesusasteraan pada peringkat daerah, negeri, atau kebangsaan.Pemohon mestilah bersedia menghadiri Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan (Sastera) 2022 dengan bayaran yuran pendaftaran RM50.00 dan yuran bengkel sebanyak RM300.00.Pentauliahan akan dibuat dalam satu majlis yang akan ditentukan oleh DBP.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1:Layari laman sesawang portal Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Langkah 2: Muat turun borang permohonan.
Langkah 3: Isi borang permohonan dengan lengkap.
Langkah 4: Hantar borang permohonan yang lengkap ke alamat berikut:
Ketua Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Dewan Bahasa Dan Pustaka atau hubungi Puan Niarwati Binti Jepon di talian 03-2147 0212/012-278 5959.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
