Insentif Program SIP GIG PERKESO 2022 Sehingga RM800

Berita baik, Program SIP GIG PERKESO 2022 menawarkan satu inisiatif oleh kerajaan untuk membantu golongan atau individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur, pencari kerja daripada golongan yang terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih untuk bekerja sementara di bawah platform Digitalberdaftar yang berdaftar dengan PERKESO.

Tujuan utama adalah untuk menggalakkan pencari kerja atau individu yang menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui pattform digital.

Baca juga:

Jawatan Kosong Munsyi Dewan (Sastera) DBP Kini DibukaThailand Longgar Syarat Kemasukan Pelancong Mulai 1 Julai 2022Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan telah dibuka pada 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Kadar Insentif :

Kadar insentif yang akan diberikan adalah berjumlah RM600 sehingga RM800 untuk sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan untuk pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

Bagi individu yang layak:

Individu yang diberikan notis tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.Pencari kerja dari golongan yang terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain-lain.Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.Suri rumah yang tidak bekerja daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah pula kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18 hingga 60 tahun pada tahun 2022.Semua pekerja untuk program ini memsti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di plattform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

Bagi individu yang tidak layak:

Individu yang aktif bekerja.Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjyaGig.Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari terus = https://matrix.perkeso.gov.my/

Langkah 2: Layari plattform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja.

Langkah 3: Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di laman web = https://matrix.perkeso.gov.my/

Langkah 4: Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

Dokumen Sokongan:

Berikut adlah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon:

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang PERKESO.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 25, 2022 01:16
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.