3 Cara Mudah Semak Keputusan STAM 2021

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan pada hujung bulan ini.

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif.

Tujuan STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.

Baca juga:

Giatmara Tawar Kursus 6 Bulan Dengan Elaun RM200Program Pengajian Tajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021

Tarikh Keputusan STAM 2021:

Keputusan Peperiksaan STAM 2021 akan dikeluarkan pada 30 Jun 2022 ini.

Senarai Mata Pelajaran STAM:

Berikut adalah senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan:

BIDANGMATA PELAJARANBahasa Arab1. Nahu dan Sarf
2. Insya’ dan Mutala’ah
3. Adab dan Nusus
4. ‘Arudh dan Qafiyah
5. Balaghah
Syariah6. Fiqh
7. Hadith dan Mustolah
Usuluddin8. Hifz Al-Quran dan Tajwid
9. Tauhid dan Mantiq
10. Tafsir dan Ulumuhu
Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM:

Berikut adalah format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran:

PERINGKATTAKRIFMumtazCemerlangJayyid JiddanSangat BaikJayyidBaikMaqbulLulusRasibGagalCara Semakan:

Berikut adalah kaedah dan langkah-langkah untuk membuat semakan STAM 2021:

1) Di sekolah:

Calon sekolah – boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Calon persendirian – slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

2) Secara online:

Calon sekolah dan persendirian – boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai.

3) Secara SMS:

Calon sekolah dan persendirian – boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai.

Dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2022 20:48
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.