Semakan Dan Permohonan Baucar Perlindungan Tenang B40
Baucar Perlindungan Tenang B40 adalah skim bantuan kewangan di mana baucar sebanyak RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak bagi membantu mereka membeli produk daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.
Baucar ini diperuntukkan khas kepada golongan B40 dan akan diteruskan tahun ini dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75.
Pengguna Baucar Perlindungan Tenang B40 layak untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. ⠀
Baucar tersebut juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah bermula 1 Januari 2022.
Disamping itu, pihak kerajaan juga bercadang untuk memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu dan RM250 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Syarat KelayakanPenerima BPR sahajaSatu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahajaPulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkanBaucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.Baca juga: Bantuan Deposit Sewa Rumah MAIWP Khas Golongan Miskin
Cara SemakanSecara Manual: Sila kunjungi wakil insurans pengendali TakafulSecara Online : Sila layari laman web : www.myPTV.myMaklumat LanjutSebarang pertanyaan sila layari pautan berikut: www.myptv.my
Atau hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di talian: 03 7723 9333
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
