Biasiswa Yayasan TM 2022 Untuk Pelajar Dalam Dan Luar Negara

Biasiswa Yayasan TM Future Leaders Scholarship ini menawarkan biasiswa dan bantuan kewangan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan Matrikulasi/Diploma/Pra-Universiti/Asasi.

Tujuannya adalah untuk membentuk individu yang lebih holistik dan menyeluruh serta melengkapkan pemegang biasiswa dengan kemahiran masa depan di dalam kedua-dua bidang digital dan kebolehpasaran.

Baca juga:

Perbaharui Lesen Anda Sebelum 30 Jun 2022 – JPJChatime Tawar Minuman Percuma Untuk Pelajar SPM 2021Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2022.

Bidang Pengajian:

Berikut adlah bidang-bidang yang ditawarkan:

Teknologi Maklumat dan Digital.Multimedia Kreatif / Seni Sinematik.Kejeruteraan.Pengurusan.Pensijilan Profesional (contoh : ACCA).Institusi Pengajian:

Bagi mereka yang layak untuk memohon akan menyambung pengajian di institusi berikut :

i.) Lepasan SPM:

Institusi terpilih untuk program luar negara.Multimedia UniversityIPTS terpilih untuk Pensijilan Profesioanal.

ii.) Lepasan Matrikulasi/Diploma/Pra-Universiti/Asasi:

Multimedia UniversityUniversiti Awam (UA)Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

Pendapatan isi rumah pemohon tidak melebihi RM20,000 sebulan.Pemohon tidak boleh mempunyai adik beradik yang pernah menerima Biasiswa YTM di Institusi Pengajian Tinggi IPT.Pemohon dan kedua ibu bapa mestilah warganegara Malaysia.Pemohon pada masa ini tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan pendidikan daripada sumber lain.Pemohon mestilah mempunyai keadaan kesihatan yang baik.Aktif dalam aktiviti kokurikulum.Tidak melebihi umur 21 tahun (untuk pengajian luar negara) dan tidak melebihi umur 23 tahun (untuk pengajian dalam negara).Mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam SPM 2021 (untuk pengajian luar negara) dan mendapat sekurang-kurangnya 6A untuk SPM 2021 atau PNGK 3.0 atau setara untuk keputusan terkini (untuk pengajian dalam negara).Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang Yayasan TM.

Langkah 2: Klik butang “Apply Now”.

Langkah 3: Klik butang “Permohonan Baru”.

Langkah 4: Pilih biasiswa yang ingin dipohon.

Langkah 5: si maklumat permohonan dengan lengkap.

Langkah 6: Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Yayasan TM atau email ke alamat yayasantm.edu@tm.com.my.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 16, 2022 21:57
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.