Pelan Perlindungan HPP RapidKL Untuk 50,000 Penumpang
Berita baik untuk 50,000 penumpang perkhidmatan Rapid KL yang bakal mendapat manfaat terbaharu daripada Rapid KL iaitu Hospital Protection Plan (HPP) atau Pelan Perlindungan Hospital.
HPP merupakan inisiatif terbaharu hasil kolborasi dengan AIG Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam darat, khususnya pengguna yang bekerja di sekitar Lembah Klang.
Elaun Tunai HarianMenerusi pelan ini, memegang polisi akan mendapat elaun tunai harian sebanyak RM50 setiap sehari jika dimasukkan ke hospital disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu.
Elaun tunai harian ini berikan sehingga 14 hari pesakit itu dimasukkan ke hospital.
Baca juga: Insentif RM600 Sehingga RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan
Cara MemohonPermohonan untuk memohon dan mendaftar pelan ini boleh dibuat menerusi applikasi mudah alih PULSE bermula daripada 16 Jun 2022.
Sila muat turun aplikasi PULS menerusi pautan https://myrapid.com.my/pulse/mobile-app/.
Duta Rapid KLBagi pengguna yang menghadapi masalah menggunakan aplikasi PULSE, mereka boleh memohon bantuan daripada Duta Rel atau Rail Ambassador yang telah dilantik.
Mereka dikenalpasti dengan mudah di stesen dengan pemakaian selempang dan topi ‘Ask Me’.
Buat permulaa, duta Rapid KL akan berada di 19 buah stesen iaitu:
Masjid JamekIOI Puchong JayaBandar Tasik SelatanBandarayaMaluri (untuk Laluan Ampang)Stesen KL SentralPasar SeniWangsa MajuKLCCSubang Jaya (untuk Laluan Kelana Jaya)Bukit BintangImbiKL SentralHang Tuah (untuk Laluan Monorel)Bukit BintangMaluriPasar SeniMuziumCochraneMaklumat LanjutBoleh layari laman web https://myrapid.com.my/.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
