Tawaran Kemasukkan Pengajian Diploma PPUM Sesi 2022/2023
Universiti Malaya menawarkan Program Pengajian Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi sesi akademik 2022/2023.
Lepasan SPM 2020 dan 2021 dialu-alukan untuk memohon.
Baca juga:
Bayaran BKM Fasa 2 Akan Dikreditkan Hujung Bulan Jun IniSkim Bantuan Keusahawanan MAINS Untuk Golongan B40Tarikh Permohonan Dibuka:Permohonan untuk permohonan dibuka sehingga 30 Jun 2022.
Program Pengajian Diploma Yang DitawarkanUntuk makluman, antara program pengajian Diploma yang ditawarkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah seperti berikut :
Diploma Kejururawatan (MQA/FA8919)Dploma Teknologii Makmal Perubatan (MQA/SWA0813)Diploma Radiografi (MQA/SWA0812)Syarat Kelayakan Akedemik:Berikut adalah syarat-syarat akedemik untuk program pengajian Diploma yang ditawarkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya:
Diploma Kejururawatan (MQA/FA8919) – Calon hendaklah memperolehi KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi).
Diploma Teknologi Makmal Perubatan (MQA/SWA0813)- Calon perlulah memperoleh KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran Sains Tulen (Keutamaan dalam subjek Kimia dan Biologi).
Diploma Radiografi (MQA/SWA0812)- Calon perlulah memperoleh KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran Sains Tulen (Keutamaan dalam subjek Fizik dan Biologi).
Syarat Kelayakan:Beikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Pemohon mestilah seorang warganegara MalaysiaPemohon mestilah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.Pemohon mestilah mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (termasuk LULUS Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan LULUS mata pelajaran Sejarah.Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 25 tahun.Pemohon mestilah berstatus bujang.Pemohon mestilah sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Buat pembelian no. Pin PPUM berharga RM 10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 April 2022.
Langkah 2: Lengkapkan permohonan secara atas talian menerusi Sistem Pengambilan Pelajar, Kolej Sains Kesihatan di talian spp@ummc.edu.my.
Langkah 3: Pastikan anda sertakan bersama no. pin dalam permohonan secara online.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang, portal program Diploma PPUM atau hubungi di talian 03-2028 7047 / 03-2028 7070 / 03-2028 7077 / 03-2028 7015 / 03-2028 7010.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
