Tempat Menarik Di Teluk Intan 2022 | Menara Condong, Pusat Rekreasi River Front
Tempat Menarik Di Teluk Intan bagi tahun 2022. Anda ingin tahu satu perkara menarik mengenai nama Teluk Intan? Teluk Intan dikatakan sempena nama seorang gadis cantik bernama Intan yang dari keturunan Sumatera. Bapanya sering berulang-alik dari Sumatera ke kawasan tersebut untuk berniaga. Cincin milik Intan yang diberi ibunya telah tenggelam ke dalam Sungai Perak ketika dia mandi bersama rakan-rakan. Sejak itu, kawasan itu diberikan nama Teluk Mak Intan atau Teluk Intan.
Menarik, kan?
Di Teluk Intan, terdapat beberapa kawasan percutian yang boleh anda kunjungi bersama rakan-rakan atau keluarga. Mari admin cadangkan dua tempat menarik, iaitu Menara Condong Teluk Intan dan Pusat Rekreasi River Front.
Baca juga: Tempat Menarik Di Muar | Maharani Mural Lane, Taman Tanjung Emas
Menara Condong Teluk Intan
Menara condong Teluk Intan boleh dianggap terkenal di Malaysia seperti terkenalnya Menara Condong Pisa di seluruh dunia. Lokasinya ialah betul-betul di tengah bandar Teluk Intan. Menara itu condong ke kiri sama seperti Menara Pisa. Ia setinggi 25.5 meter dan dari luar, ia kelihatan seperti bangunan 8 tingkat. Sebenarnya, anda akan mengetahui bahawa bangunan itu terbahagi kepada 3 tingkat apabila anda masuk ke dalamnya.
Menara ini terletak di tengah-tengah dataran yang dikelilingi oleh Jalan Pasar, Jalan Selat, Jalan Bandar dan Jalan Ah Cheong.
Menara ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Chong, seorang kontraktor Cina dan pada asalnya digunakan sebagai tangki air untuk menyimpan air mudah alih semasa musim kemarau untuk penduduk yang tinggal berhampiran. Ia juga digunakan sebagai penjaga masa bandar kerana terdapat jam besar di atas menara. Jam itu dibuat oleh J.W. Benson dari Ludgatehill London dan kos pembinaannya disumbangkan oleh penduduk tempatan. Bangunan itu sendiri diperbuat daripada batu bata dan kayu.

Struktur gaya pagoda telah banyak dipengaruhi oleh seni bina Cina kerana majoriti penduduk bandar itu pada masa itu adalah orang Cina. Setiap tingkat mempunyai ketinggian 5 meter dan anda perlu menaiki 110 anak tangga untuk sampai ke puncak menara. Ia menjadi condong disebabkan oleh tanah yang lembut di dasar menara dan juga disebabkan berat tangki air.
Lokasi: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan (link google maps)Waktu Operasi: Selasa Hingga Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang), Sabtu,Ahad & Cuti Umum (9.00 pagi – 6.00 petang)Harga Tiket: Tiada yuran dikenakan
Pusat Rekreasi River Front

Sekiranya anda ingin mencari tempat untuk anda bersantai dan rilek-rilek bersama keluarga, admin cadangkan untuk anda ke Pusat Rekreasi River Front. Ia adalah salah satu tempat menarik yang terletak di Teluk Intan,dimana berkonsepkan satu taman rekreasi.
Taman ini amat indah, beserta dengan tangga batu yang menghiasi tebing sungai, iaitu mempunyai kepanjangan lebih kurang 200 meter. Tempat ini sering menjadi tumpuan utama bagi kebanyakan pengunjung untuk tujuan beriadah sambil mengambil angin, khususnya pada waktu belah petang.
Selain tujuan beriadah dan mengambil angin, pusat rekreasi ini juga amat sesuai untuk dijadikan tempat untuk berfoto dek panorama yang sangat indah serta lanskapnya yang tersusun dan dipelihara dengan rapi. Pemandangan semasa matahari terbenam pada waktu senja juga sangat mempesona. Di samping itu, terdapat jeti-jeti di sekitar pusat rekreasi ini. Ha..apalagi, jangan lupa ambil gambar di sini ya!

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
