Tempat Menarik Di Alor Setar 2022

Tempat Menarik di Alor Setar, Kedah terbaharu bagi tahun 2022. Kalau admin, perkara pertama yang akan terngiang-ngiang di telinga bila sebut pasal Alor Setar ialah dialog dalam filem P.Ramlee,

“Kalau hang pi Alor Staq, kepala hang aku putaq…”

Ha..siapa peminat P.Ramlee mesti dah dapat tangkap ini dialog filem mana kann.

Alor Setar adalah ibu negeri Kedah yang berkeluasan 666 km persegi. Ia adalah bandar kedua terbesar di negeri Kedah, dan juga ibu negeri tertua di negara Malaysia. Di sini, terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Jom ikut admin..

Baca juga: Tempat Menarik Di Putrajaya

 

1. Muzium PadiKredit: libur.com

Negeri kedah amat sinonim dengan tanaman padi, sesuai dengan gelarannya iaitu negeri jelapang padi. Oleh itu, amat wajar sekiranya terdapat satu galeri atau muzium padi dibina di dalam negeri ini. Muzium Padi ini terletak di Gunung Keriang, iatu kira-kira jarak 8km dari Bandar Alor Setar.

Seimbas pandang pada muzium ini, anda akan terus terbayangkan padi. Ini kerana, bentuk bangunan ini seakan gemai padi, iaitu padi yang diketam, diikat dan diirik-irik. Amat unik. Bangunan ini terdiri daripada 3 aras.

 

Aras 1

Aras ini menyampaikan sejarah penanaman padi khususnya di negeri Kedah. Termasuklah alat-alatan tradisional seperti kapok, renggam, tenggiling dan sebagainya. Bagi anda yang teringin merasai pengalaman sebagai pesawah, di sinilah tempatnya. Anda boleh belajar menumbuk padi dan membanting padi di sini. Alatan menangkap ikan juga dipamerkan di sini

Kredit: hasrulhassan

 

Aras 2

Aras 2 pula fokus dengan galeri, iaitu sebanyak enam galeri semuanya. Kesemua galeri ini dilengkapi dengan pelbagai lukisan yang menceritakan mengenai aktiviti pertanian; iaitu dari zaman dahulu kala sehingga zaman hari ini. Yang uniknya, terdapat lukisan yang disiapkan dengan kaedah semburan batu-batu kristal. Memang cantik. Juga terdapat dokumentari tentang kaedah padi ditanam.

 

Aras 3

Di sini pula pengunjung disajikan dengan mural gergasi yang bersaiz 8meter x 103 meter, dimana ia adalah salah satu mural terbesar dan juga tercantik di dalam Malaysia. Oh ya, di aras ini, selepas menapak 59 anak tangga, anda akan menyaksikan pemandangan dari puncak Gunung Keriang. Perkampungan tradisional dan juga sawah padi yang terbentang luas. Anda pasti terpegun.

 

2. Pusat Sains Negara Wilayah UtaraKredit: haizanrunsah

 

Terletak di kaki Gunung Keriang, dan hanya bersebelahan Muzium Padi, anda boleh meneruskan pula lawatan ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara. Pusat sains ini mempamerkan banyak fakta dan juga teori berkaitan sains dalam bentuk puzzle, permainan,  dan demonstrasi yang sememangnya tidak membosankan.

Malahan, Pusat Sains Negara ialah destinasi percutian yang amat sesuai untuk anda  membawa bersama anak-anak anda. Juga, ia bersesuaian untuk semua peringkat umur. Jadi jika anda bercuti ke Alor Setar bersama keluarga, anda boleh masukkan sekali Pusat Sains Negara Kedah ini dalam senarai tempat lawatan anda. Ia sedikit sebanyak akan mendedahkan anak anda kepada dunia sains dan seterusnya dapat memupuk minat dalam bidang sains.

Kredit: mdfaiez84

Harga tiket yang dikenakan juga sangat murah! (RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak). Ada juga beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara. Semuanya sangat seronok untuk dicuba. Antaranya ialah Air bicycle, Earthquake dan Moon Walker.

 

 

3. Menara Alor SetarKredit: fb Info Sungai Petani

Ha..ini kalau anda ke Alor Setar tapi tak singgah di Menara Alor Setar, maka tak sah lah percutian anda. Hehe gurau.. Menara yang menjadi kebanggaan khususnya bagi rakyat Kedah ini terletak di Lebuhraya Darul Aman. Dengan bayaran tiket yang amat berpatutan, anda akan disajikan dengan pemandangan indah dari atas. Di dek peninjau menara ini.

Admin cadangkan, kalau anda ingin ke sini, anda datanglah pada waktu malam. Selain tidak perlu berperang dengan kepanasan di waktu siang, anda boleh bersantai dengan damai di sini sambil ditemani lampu-lampu neon yang indah.

Yang paling best, anda sekeluarga bukan hanya boleh mundar-mandir berjalan keliling dek peninjau yang berbentuk bulat ini, terdapat juga beberapa kemudahan lain yang ditawarkan di sini. Antaranya ialah Megaview Banquet Hall, dengan ketinggian sebanyak 100 meter dari tanah, anda boleh menjalankan sebarang majlis yang memerlukan dewan.

Anda taknak makan ramai-ramai dan inginkan makan malam yang lebih privasi? Jom ke Restoran Berputar. Selain dihidangkan dengan makanan yang sedap, anda akan juga disajikan dengan pemandangan pusat bandar dalam panorama 360 darjah. Selalunya pengunjung akan menikmati makan malam di sini sambil menyaksikan matahari terbenam. Memang indah! (dan sedap)

Kredit: foursquare.com

 

Kesimpulannya, walaupun terletak di perkampungan dan tidak dikelilingi dengan bangunan yang begitu moden seperti di bandaraya, Alor Setar akan menjadi tempat percutian yang tidak akan ada lupakan. Mai lah ke Alor Setar!

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2022 18:16
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.