Tempat Menarik Di Sarawak 2022
Tempat menarik di Sarawak terbaharu untuk tahun 2022. Apa yang anda akan terfikir apabila sebut mengenai Sarawak? Kek lapis Sarawak? Artis Anita Sarawak? Kain songket Sarawak? Kalau admin, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran admin ialah Tun Temenggung Jugah Anak Barieng. Maklumlah..admin dulu student cemerlang subjek Sejarah. Ehemm
Sarawak mempunyai keluasan sebesar 124, 450 km persegi. Hampir menyamai keluasan seluruh semenanjung Malaysia! (Keseluruhan Semenanjung Malaysia adalah 131,598 km persegi). Ha.. punyalah luas Sarawak ni kan. Di samping merupakan negeri terbesar di Malaysia, di dalam Sarawak juga terdapat sungai terpanjang di Malaysia (Batang Rajang) dan Hutan Hujan Tropika yang tertua serta kedua terbesar, iaitu selepas Hutan Amazon. Bangga kan..
Terdapat banyak tempat menarik di Sarawak yang boleh anda lawati. Tetapi dalam artikel ini, admin pilih tiga tempat yang melambangkan keunikan negeri Sarawak. Jom baca..
Baca juga: Tempat Menarik Kota Kinabalu
1. Taman Tumbina Bintulu
Anda nak tahu, sebenarnya nama Tumbina ini diambil sempena TUMbuhan dan BINatang. Bermaksud, taman ini adalah merupakan pusat pengumpulan flora dan fauna, yang bertempat di Bintulu. Dengan kata lain, taman ini terdiri daripada kedua-dua taman botanikal dan taman zoologi (haiwan).
Di samping berfungsi sebagai pusat warisan flora dan fauna Borneo, taman ini juga menawarkan pusat rekreasi dan pelancongan untuk komuniti, tempat pembelajaran untuk generasi muda serta untuk memupuk semangat dalam pemuliharaan hidupan liar dan tumbuhan asli.
Terdapat banyak tarikan di sini, antaranya:
Koleksi BurungKompleks ReptiliaTaman OrkedKolam Ikan

Taman ini dibuka setiap hari dari pukul 9.30 ke 4.30 petang. Dan yang paling best, tiada yuran kemasukan dikenakan. Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak berkunjung ke sini.
2. Gunung Gading National Park
Salah satu keunikan negeri Sarawak ialah dengan adanya bunga terbesar di dunia, iaitu bunga rafflesia, dimana ia boleh membesar sehingga berdiameter 1 meter. Bunga ini mengambil masa 9 bulan untuk mekar dan apabila ia mekar, ia akan mengeluarkan aroma busuk yang akan mengundang kehadiran lalat dan serangga lain. Dan selepas 4 atau 5 hari mekar, bunga ini akan menguncup dan mati.

Oleh itu, sekiranya anda ingin menyaksikan bunga rafflesia ketika ia mekar, pastikan anda semak dahulu dengan kakitangan taman tau. Mereka boleh dihubungi samada di nombor +60 82 735144 (ibu pejabat taman) atau di nombor +60 82 248088 (National Parks and Wildlife Booking Office). Tanya sahaja samada bunga tersebut hampir tiba masa untuk mekar ataupun sedang mekar.
Tetapi jangan risau, sekiranya anda tidak berkesempatan untuk melihat bunga rafflesia mekar, pemandangan sekitar taman amat cantik dan terdapat juga trek untuk jungle trekking.
Tips: Sila bawa pakaian yang bersesuaian dan makanan serta minuman yang mencukupi, kerana tiada kantin di disediakan di taman.
3. Muzium Budaya Sarawak, Kuching
Muzium ini merupakan tarikan terbaharu negeri Sarawak, dan pembukaannya baru sahaja dirasmikan pada bulan Mac 2022. Muzium ini ialah muzium yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara!
Terdapat pameran mengenai pelbagai etnik di Sarawak. Jika anda seorang yang gemar dan ingin mempelajari dengan lebih mendalam mengenai etnik unik di Sarawak, anda wajib ke sini.
Muzium ini juga mempunyai kemudahan yang moden seperti terdapat tablet untuk merujuk kepada label (bukan lagi papan tanda biasa).
Antara yang dipamerkan di dalam muzium ini ialah:
Topeng muka suku kaum BorneoHasil-hasil hutan zaman dahulu (boleh dihidu)Manik dari suku kaum Orang Ulu

Kesimpulannya, terdapat banyak jenis tarikan di Sarawak yang boleh anda kunjungi. Kalau admin yang tidak pernah ke Sarawak ni, tempat yang admin teringin sangat nak pergi ialah muzium ni. Hehe.. Anda pula bagaimana?
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
