Kongsi Biodata Diri Di Media Sosial , Khairul Aming Dikhabarkan Sedang Cari Jodoh

Khairul Aming sudah menjadi influencer apabila sudah dikenali ramai dengan pengikut Instagram sebanyak 3.5 juta yang mana ianya setara dengan selebriti tanah air.

Dia yang sangat popular dek kerana video masakannya yang sering dikongsi di media sosial dengan like dan share ribuan kali yang menyebabkan namanya menjadi perbualan ramai.

 

 

Malah semakin viral selepas video masakannya yang berlangsung setiap hari sepanjang bulan Ramadan baru- baru ini mendapat tempat dihati peminatnya dan rujukan untuk orang ramai untuk menyediakan juadah berbuka.

Baru – baru viral Khairul Aming telah memuat naik gambarnya berserta kapsyen yang menarik minat orang ramai dan mendapat gurauan daripada pada peminat dan rakan – rakannya.

 

 

Malah  perkongsian tersebut telah membuatkan orang ramai teruja terutamanya golongan wanita dan gadis apabila dia berkongsi maklumat dirinya di kapsyen hantaran tersebut seperti sedang mencari jodoh.

Tidak berdiam diri , rakan kepada selebriti terkenal ini turu serta membuat hantaran di akaun media sosial milik mereka sehingga ianya viral di pelbagai aplikasi media sosial.

 

 

Mendapat banyak respon dengan komen yang menarik daripada orang ramai yang sengaja meninggalkan komen berkenaan diri mereka sendiri sehingga ada yang meninggalkan biodata rakan , ahli keluarga dan juga saudara mara .

Nampaknya ramai yang mencuba nasib untuk menjadi calon pasangan kepada Khairul yang terkenal sebagai lelaki yang pandai memasak dengan sikap yang sangat menyenangkan .

Khairul kini masih sedang bercuti bersama rakan – rakannya dan ada berkongsi gambar mereka di media sosial yang menunjukkan keneradaan mereka di Pulau Pinang.

 

 

Tiada pengesahan berkenaan hantaran tersebut yang mengatakan dirinya sedang mencari jodoh dan bersedia ntuk mendirikan rumah tangga dan berkemungkinan Khairul dan rakan- rakannya sengaja untuk berhibur dan bergurau .

Namun tidak salahnya jika mencuba nasib dengan meninggalkan komen pada hantaran tersebut , mana tahu bertemu jodoh dengan jutawan yang low profil macam Khairul Aming , pandai masak pulak tu .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 22, 2022 22:14
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.