Jasmin Hamid Mohon Netizen Jaga Adab Dan Lisan
Setelah enam bulan mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera rumahtangga , baru – baru ini pelakon jelita dan terkenal Jasmin Hamid menceritakan tenatng kekesalannya di media kerana sering diberikan kritikan dengan kata-kata yang tidak baik terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahman
Terdapat satu perkongsian di Instagram miliknya , Jasmin memohon agar para netizen agar menjaga adab apabila memberikan kririkan berkenaan dirinya dan suami kerana seringkali pasangan ini disamakan dengan pasangan ibu dan anak.
Dia mengakui terkilan apabila sering diberikan kritkikan seperti itu dan tidak menerima apabila sering di perolokkan netizen walaupun sudah tahu kebenaran bahawasanya lelaki disampingnya itu adalah suaminya yang sah.
Namun netizen masih sengaja memberikan komen seperti itu dan nampaknya dengan sengaja mahu menyakitkan hatinya dan pasangannya itu.
Pasangan Jasmin dan Nazmir Abd Rahman yang juga merupakan pengurusnya telah bernikah pada November tahun lalu selepas beberapa tahun menjanda dan kelihatan kebahagiaan milik mereka .
JAsmin yang sering ditemani suami tercinta saat menjalani penggambaran serta apa saja aktiviti yang dilakukan malah sering berkongsi moment bahagia di media sosial miliknya.
Tidak terima diperlakukan seperti itu , Jasmin juga memohon agar para netizen menerima dan percaya bahawa ajal dan jodoh adalah rahsia Allah yang mana sudah tertulis bahawa suaminya lebih muda beberapa tahun daripadanya.
“Mohon jaga adab dan lisan. Ini suami saya,bukan anak saya. Rezeki dan jodoh saya bersuamikan lelaki muda. Semuanya adalah perancangan Allah.”
“Sebagai hambaNya yang beriman, kita wajib percaya dengan jodoh, rezeki, ajal, maut, semuanya rahsia Allah. Adakah ada masalah penyakit ain?” tulisnya lagi.
Melalui perkongsian tersebut , ramai yang menasihati agar pasangan ini lebih tabah menempuhi liku hidup dalam berpasangan dan tidak mengendahkan kata- kata negetif daripada netizen.
Malah mengakui sikap buruk netizen yang suka menyakiti perasaaan orang lain tanpa ada rasa simpati dan tidak berfikir sebelum menaip sesuatu di media sosial.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
