Program Selangor Saring : Bantuan Pengesanan Awal Penyakit

Program saringan kesihatan ini membolehkan individu menjalani rawatan penyakit sedari awal sekaligus membantu meningkatkan peluang seseoran individu itu untuk sembuh.

Objektif program

Melalui program ini, penduduk Selangor yang layak dapat menjalani saringan kesihatan bagi tiga kategori penyakit berikut:

Penyakit tidak berjangkit termasuklah penyakit jantung, kencing manis, darahtinggi dan buah pinggang.Penyakit kanser termasuklah kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara.Penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina.Jenis-jenis penyakit disaring

Kategori A: Penyakit Tidak Berjangkit

JantungDarah TinggiKencing ManisBuah Pinggang

Kategori B: Kanser

KolorektalProstatServiksPayudara

Kategori C: Mata

RabunGlaucomaRetinaSyarat kelayakan

Untuk makluman, program ini bukanlah untuk kesemua rakyat Selangor sebaliknya individu-individu yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, faktor keturunan dan lain-lain.

Program ini juga boleh disertai oleh mereka yang masih belum dikenalpasti oleh doktor mempunyai penyakit yang dinyatakan untuk mendaftar ke Program Selangor Saring ini.

Sekiranya anda mempunyai ibu bapa atau kenalan yang tergolong dalam kategori individu yang layak untuk program saringan ini, sila maklumkan pada mereka untuk mendaftarkan diri.

Cara pendaftaran

Pendaftaran bagi program Selangor Saring ini boleh dibuat menerusi aplikasi SELangkah mulai 6 Mei 2022.

Program ini boleh didapati melalui laman sesawang rasmi program ini di alamat https://selangorsaring.selangkah.my/ 

Maklumat lanjutTalian Hotline Selcare di talian 1-800-22-6600Telegram Khidmat Pelanggan Selangkah di pautan https://t.me/SELANGKAHMY_bot
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2022 18:53
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.