Anak Bercinta ,Nourul Depp Bakal Berbesan Dengan Maria Farida

Baru- baru ini terdapat perkongsian terbaru daripada penyanyi Nourul Depp yang kini tinggal di Bali bersama keluarganya , yang telah menjadi topik hangat apabila memuat naik gambar anak gadisnya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada pelakon Maria Farida iaitu Mizan Ashley.

Melalui perkongsian itu , Nourul mengucapkan selamat hari lahir yang ke-25 buat teman lelaki anaknya itu sekaligus mengesahkan tentang hubungan pasangan muda tersebut.

Malah anak Nurul juga tidak teragak- agak berkongsi gambar yang sama dengan caption yang menunjukkan hubungan cinta antara mereka berdua.

Maria Farida juga ada mengunggah foto bersama untuk menyambut hari lahir anak terunanya itu dengan caption Family dan membuatkan netizen teruja tentang perkara tersebut.

Sebelum ini , Maria ada bercuti ke Bali bersama keluarga dan telah bertemu dengan Nourul serta keluarga malah ada mengatakan bahawa kekasih Ayu juga ada datang bersama  untuk becuti bersama di Bali.

Rupanya Ayu berhubungan dengan anak Maria dan mereka masih dalam tempoh pengenalan dan telah mendapat restu daripad akedua belah pihak berkeanaan hubungan mereka.

Pihak ibu bapa juga berkongsi khabar gembira dengan apabila masing – masing memuji pasangan anak mereka dan senang dengan hubungan tersebut.

Nourul ada menjelasakan bahawa dirinya gembira apabila dapat berkenalan dengan Mizan serta menyifatkan jejaka itu seorang yang jujur dan seorang anak yang baik untuk ibunya.

Ayu Dan Kekasihnya Mizan

Malahan Maria juga dilihat turut meninggalkan komen pada posting berkenaan dengan mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita dan bakal ibu mertua yang baik.

Coretan berkenaan mendapat tumpuan netizen yang juga bergembira dengan hubungan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada mereka malah mendoakan agar urusan merewka dipermudahan untuk berbesan

Terdapat juga netizen mengatakan bahawa wajah wajah Ayu dan Mizan seiras dan mereka bakal berjodoh dan berkekalan hingga ke akhirnya.

Namun ada juga yang tidak suka dengan mereka berdua dan menganggap bahawa jodoh itu masih panjnag dan masih dalam tempoh mengenali kerana hati manusia itu mudah berubah.

Maria Farida dan Anaknya Mizan

Sekadar info , Mizan adalah anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Maria Farida dengan bekas suami dan Ayu adalah anak hasil perkongisan hidup terdahulu Nourul bersama Ajai , yang mana mereka hanya dikurniakan seorang anak perempuan sahaja.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 14, 2022 23:56
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.