Borang Permohonan Rayuan BKM 2022 | Bantuan Sehingga RM2000
Permohonan untuk rayuan BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) kini dibuka untuk permohonan bagi mereka yang tidak lulus untuk semakan BKM Fasa 1 2022.
Seperti yang maklum, BKM telahpun dibayar pada 28 Mac 2022 bagi penerima yang mempunyai akaun bank.
Bayaran RM100 hingga RM300 fasa 1 dibayar berdasarkan kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan.
Rayuan BKMSukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan permohonan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022 selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.
Pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk semakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.
Hanya Sertai Telegram Bantuan Kerajaan & Anda Layak Menerima Kredit eCash RM150. Tebus sekarang!
Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:
Pemohon berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atauPemohon berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan untuk tambahan anak, perubahan pendapatan dan perubahan status perkahwinan sahaja.
Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat pada tarikh berikut:
Dalam talian – 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.Secara manual (di kaunter) – 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Baca kenapa anda tak lulus BKM di sini.
Cara Permohonan Rayuan BKMUntuk makluman, bagi mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1, atau berstatus TIDAK LULUS BKM, anda boleh membuat rayuan.
Anda boleh semak status untuk mengetahui sebab dan sebab Tidak Lulus BKM.
a) Buat permohonan secara online di
Portal Rasmi BKM LHDNM : https://bkm.hasil.gov.myLog masuk menggunakan ID dan password,Pilih Permohonan Rayuanb) Serahkan Borang Rayuan BKM 2022 ke :
Cawangan LHDNMPejabat Satelit (PS)Pusat Khidmat Hasil (PKH)Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatanAnda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara online kerana lebih mudah, cepat dan selamat.
FAQ & Soalan LazimSoalan lazim tentang rayuan BKM 2022 anda boleh rujuk di sini.
Rayuan BKM bagi yang tak lulus bila dibuka?Rayuan bermula pada 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022. Selama sebulan tempoh permohonan.
Saya tak lulus BKM sebab status masih belajar, boleh ke mohon rayuan?Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk buat permohonan BKM 2022. Anda boleh mohon jika tamat sesi pengajian.
{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Rayuan BKM bagi yang tak lulus bila dibuka?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Rayuan bermula pada 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022. Selama sebulan tempoh permohonan." } } , { "@type": "Question", "name": "Saya tak lulus BKM sebab status masih belajar, boleh ke mohon rayuan?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk buat permohonan BKM 2022. Anda boleh mohon jika tamat sesi pengajian." } } ] }Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
