Baju Raya Sedondon Langsir Dan Cadar
Seorang pengguna TikTok, Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman memuat naik video sambutan hari raya keluarganya di aplikasi tersebut di akaun miliknya bernama @prince.syed.syahid.
Apa yang menariknya dia dan keluarga memakai persalinan raya yang dihasilkan daripada kain langsir dan cadar untuk Aidilfitri tahun ini.
Baju-baju raya itu semua dijahit sendiri oleh Syed Muhammad Shah Hasif bukan ditempah ataupun dibeli.
“Memandangkan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini maka saya sekeluarga mahu beraya sakan”
“Selain menjahit baju raya diri sendiri, isteri dan anak, saya turut siapkan persalinan untuk dipakai oleh emak, kakak serta tiga anak saudara pada hari raya pertama yang diperbuat daripada langsir”
“Manakala, baju raya diperbuat daripada cadar pula akan dipakai oleh saya, isteri dan anak pada hari raya kelima”
“Semua persalinan itu sendiri dijahit saya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Keluarga serahkan semuanya pada saya daripada segi pemilihan fabrik, warna hingga jahitan”
Menurutnya tidak ramai yang berani untuk menggunakan kain langsir ataupun cadar kerana material tersebut disangka panas dan tidak selesa. Namun sebenarnya pemilihan fabrik perlu dilakukan dengan lebih bijak.
Dia juga tidak kisah pandangan orang ramai tentang pemilihan pakaian sedondon tersebut asalkan dia dan keluarga sukakannya.
“Jadi, saya lakukan sehabis baik dan mungkin ramai tidak berani gunakan kain langsir dan cadar dijadikan baju kerana menyangka fabrik itu panas serta tidak selesa”
“Sedangkan, ia selesa saja jika kita bijak memilih jenis fabriknya malah saya tidak kisah apa pandangan orang kerana apa yang penting, keluarga sukakannya”
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
