Sebuah video berdurasi 1 minit 25 saat telah tular dimana sebuah myvi telah melanggar palang tol RFID. Hal ini terjadi kerana sistem tersebut tidak dapat mengesan pelekat RFID miliknya
Video tersebut dimuat naik seorang pengguna laman Facebook, Adrian Tan sehingga menerima 7,400 tanda suka dan 7,200 perkongsian selain ribuan komen dalam kalangan netizen. pemandu berkenaan berulang kali menggerakkan keretanya ke depan dan berundur ke belakang supaya sistem dapat mengesan pelekat RFID.
Malangnya tindakkan pemandu Myvi tersebut tidak berjaya. Akhirnya dia nekad melanggar palang tol RFID.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen dilihat berpuas hati kerana tindakan pemandu terbabit seolah-olah mewakili suara hati pengguna lain yang ‘bengang’ dengan sistem berkenaan.
Published on April 30, 2022 00:55