Mekanisme Subsidi Minyak Bersasar Bakal Diperkenalkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Kerajaan berkemungkinan besar akan memperkenalkan mekanisme subsidi minyak bersasar bagi menampung impak kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi kumpulan berpendapatan rendah.

Kementerian Kewangan juga dalam peringkat meneliti sama ada kerajaan mampu menanggung subsidi manakala harga bagi petrol RON95 dan diesel dapat dikekalkan pada masa ini.

“Subsidi hanya untuk golongan miskin terutama golongan B40. Bagi mereka yang berkemampuan sepatutnya membayar lebih manakala yang tidak layak menerima (subsidi) tidak sepatutnya mendapat langsung subsidi itu.”

“Isunya di sini adalah masa dan bila mekanisme itu akan dilaksanakan,” katanya dalam program The Nation yang disiarkan oleh Bernama TV pada Selasa.

Baca juga:

Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri Dikreditkan Hari IniTarikh & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima BKM Fasa 2Minyak Subsidi:

Mustapa turut menegaskan bahawa subsidi bahan api turut berperanan penting dalam mengawal kenaikan harga di Malaysia.

Kerajaan telah berupaya mengekalkan kenaikan harga antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus sejak 10 tahun hingga 20 tahun lepas.

Bagaimanapun, ini akan memberi kekangan besar terhadap bajet. Apabila kerajaan merangka Bajet 2022 pada tahun lepas, anggaran bagi subsidi adalah kira-kira RM5 bilion dan kini ianya sekitar RM30 bilion yang merupakan kenaikan jumlah subsidi sebanyak 6 kali ganda.

Elemen Subsidi Minyak:

Berikut adalah subsidi minyak yang merangkumi 4 elemen iaitu:

RON95.Diesel.Gas asli cecair.Minyak masak.Kenaikan Harga Minyak Mentah:

Kenaikan harga minyak mentah itu turut menjejaskan kadar inflasi negara yang menyaksikan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Mac 2022 meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021 dan juga telah melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011-Mac 2022 pada 1.9 peratus.

Impak itu terutamanya terhadap harga. Kita belum lagi menyemak semula unjuran pertumbuhan negara dan masih berpegang kepada unjuran Bank Negara Malaysia iaitu pertumbuhan pada 5.3 peratus hingga 6.3 peratus bagi tahun ini.

Sumber: Bernama

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2022 00:09
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.