Permohonan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022
Kerajaan Negeri Pahang akan menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 bermula April hingga Julai.
Bantuan Prihatin Pahang 2022Majlis pelancaran disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. DIMK selaku Wakil YAB Menteri Besar bagi Kawasan Parlimen Indera Mahkota menerima Replika BPP berjumlah RM360,800.00. Murid Tahun Satu Sesi 2022 akan menerima sumbangan awal persekolahan berjumlah RM100.00.
Baca Juga: Bantuan Kerajaan RM1,000 Untuk Yang Layak
KelayakanBantuan Prihatin Pahang yang berjumlah keseluruhan hampir RM30 juta ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima di bawah 4 kluster utama iaitu:
Pelajar dan Anak MudaPelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pelajar Tahfiz, Pelajar Universiti, Politeknik, Anak muda 18 hingga 21 tahun dan anak muda yang berniagaGolongan B40Anak Yatim, Ibu tunggal, gelandangan, nelayan dan pemandu teksiKluster UmumKampung tradisi, peneroka, orang Asli, penjaja harian, pengusaha bot dan pemandu pelancongKluster ApresiasiVeteran Tentera dan PolisKadar BantuanBerikut disenaraikan perincian bayaran BPP 2022 yang akan disalurkan:
Tunai RM200 – untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.Tunai RM100 – untuk pelajar tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM.Tunai RM300 – untuk penggiat di media sosial.160,000 Kotak Aidilfitri – untuk penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli.
Bayaran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 bermula April sehingga Julai.
Maklumat LanjutLaman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang: https://www.pahang.gov.my/
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
