Arsenal Robohkan Stamford Bridge!
London is Red or Blue? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Aksi tumpuan antara rival London Derbi disudahi dengan kemenangan bergaya Arsenal 4-2 menentang Chelsea. Perlawanan ikonik tersebut berlangsung di Stamford Bridge yang merupakan halaman Chelsea.
Namun Arsenal seperti tidak hiraukan kemampuan Chelsea beraksi dihalaman sendiri sebaliknya skuad muda Mikel Arteta itu beraksi cemerlang untuk membenam The Blues yang pincang disetiap sudut.
Perlawanan bermula dengan asakan daripada Chelsea seawal minit ke 4 yang mengatur gerak dari sepakan sudut yang mendatangkan ancaman menerusi sepakan voli Alonso namun bola hanya terbias pertahanan lawan di tepi gawang gol.
Namun pada minit ke 14, Arsenal membuka tirai jaringan menerusi penyerang muda, Eddie Nketiah yang bijak mencuri bola dari Christensen seterusnya menewaskan penjaga gawang, Eduoard Mendy. Kelalaian Christensen itu pantas dihukum Nketiah yang tidak teragak agak untuk menghukum Chelsea.
Selang dua minit kemudian, kelebihan Arsenal tidak bertahan lama apabila Timo Werner membalas semula dengan menjaringkan gol pada minit ke 16 untuk menyamakan kedudukan. Respon pantas dari pemain antarabangsa Jerman itu ternyata memberi semangat semula kepada pasukan untuk mendominasi permainan.
Sedang Chelsea asyik mengatur serangan, Arsenal sekali lagi mendahului permainan menerusi pemain muda sensasi, Emile Smith Rowe apabila bijak menerima umpanan dari Odegaard untuk menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke 27.
Namun Chelsea tidak menunggu lama apabila pada minit ke 32 hantaran silang Mason Mount berjaya mendapatkan kapten Azpilicueta untuk jaringkan gol bagi menyamakan kedudukan. Chelsea seakan tidak mahu memberi ruang kepada Arsenal mendahului dengan lebih lama.
Pengejaran Chelsea terhenti sebaik pengadil menamatkan separuh masa pertama. Babak kedua permainan seimbang antara kedua pasukan tetapi Nketiah menjadi mimpi ngeri buat pertahanan Chelsea apabila menjaringkan gol kedua peribadi beliau pada minit ke 57 untuk meletakkan Arsenal kembali dihadapan.
Chelsea cuba untuk kembali menyamakan kedudukan namun setiap asakan berjaya dikekang pemain Arsenal yang lebih baik beraksi malam itu. Namun pada minit akhir permainan pertahanan Chelsea sekali lagi dihukum apabila pengadil memberikan penalti selepas Saka dikasari Azpilicueta yang bertindak menarik pemain tersebut sehingga jatuh di kotak penalti.
Saka tenang menyempurnakan penalti untuk melebarkan lagi defisit jaringan kepada empat gol dan memberikan penamat gemilang kepada The Gunners. Kemenangan ini menghidupkan semula peluang Arsenal untuk merebut tempat ke 4 dan seterusnya layak ke slot Liga Juara Juara Eropah.
“Untuk penyokong kami, ketika waktu senang dan susah, mereka tetap berada di belakang pasukan. Saya tahu kami telah mengecewakan mereka sejak beberapa minggu lepas dengan keputusan perlawanan yang kami berikan dan lihatlah mereka pada hari ini. Kejayaan ini adalah untuk mereka.” Mikel Arteta.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
