Iqbal Puji Suara Datuk Aliff Sedap Macam Suaranya
Usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri kembali menjadi bualan hangat di laman media seosial selepas dia memuat naik sedutan dari MV lagu rayanya yang terbaru yang berjudul Kelepok Raya.
Rata-rata netizen mengecam penari-penari latar di dalam MV tersebut yang dilihat berpakaian tidak sesuai serta berjoget dengan gaya tergedik-gedik yang terlampau.
Bukan sahaja netizen malah ibu kepada Datuk Aliff juga memberikan kritikan terhadap tindakan anaknya memuat naik video sebegitu rupa.
Baru-baru ini dia dilihat membuat video menyanyikan potongan dari lagu raya yang dinyatakan. Dia kemudian meminta followers memberikan komen yang jujur terhadap nyanyiannya.
“Komen jujur please suara saya. Sumpah ni suara asli saya. Saya anti autotune. Siapa tak sabar tunggu esok lagu ni nak relese jam 12 tengah hari di Rusa Music. Korang mesti beri like banyak-banyak. Thank you awak saya amat hargai”
Ramai yang memberikan pelbagai respon termasuklah peserta Big Stage 2022 Iqbal Zulkefli. Iqbal memuji dengan mengatakan suara Datuk Aliff sedap seperti suaranya.
Netizen pula memberikan komen balas dengan memberi pendapat bahawa suara Iqbal lebih sedap lagi sekiranya hendak dibandingkan dengan suara Datuk Aliff Syukri.
Dalam banyak-banyak komen muncul pula pelakon Aeril Zafrel memberikan komen seakan bergurau.
“Art berat ni datuk”
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
