Program Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak Sehingga RM20,000

Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan merupakan bantuan pinjaman tanpa faedah kepada usahawan dalam Negeri Perak yang ditawarkan oleh Yayasan Perak.

Ianya berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 di negeri tersebut menerusi Program Pinjaman Tabung Usahawan.

Tujuan program ini adalah untuk membantu usahawan-usahawan muda untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.

 

Baca Juga:

Sekolah Akan Dibuka Seperti Biasa Mulai 17 AprilePemula : Tebus Bantuan RM150 eWallet ShopeePay, Grab, TnG & BigPayJumlah Dan Tempoh Pinjaman:

Jumlah pinjaman yang ditetapkan adalah RM5,000 sehingga RM20,000 (bergantung kepada kemampuan).

Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun dan bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat permohonan untuk memohon:

Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 59 tahun serta  menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.Pemohon dan pasangan mestilah seorang Warganegara Malaysia.Pemohon mestilah bukanlah kakitangan kerajaan/badan berkanun/syarikat GLC/Berhad.Pemohon mestilah seorang yang menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.Pemohon mestilah menjalankan perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang.Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

Perniagaan Tidak Layak Memohon:

Urusniaga melalui ternakan, pertanian dan perikanan (usahawan baru) (bergantung kepada keputusan panel).Urusniaga yang melibatkan pelaburan/Piramid/Skim Cepat Kaya/Perjudian.Perniagaan barangan lusuh/Kitar semula (mengikut pasaran semasa).Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi (perniagaan bermusim).Perniagaan secara orang tengah atau agen  perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau  hartanah) dan yang seumpamanya.Kontraktor Pembangunan.Cara Memohon:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Muat turun borang permohonan.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat borang dengan betul.

Lnagkah 3: Sediakan dokumen yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak),
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:

1 Borang/Surat Permohonan (wajib).1 Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.1 Salinan Surat Perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.1 Salinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.1 Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.1 Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan – 3 keping/Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.Senarai sebut harga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung/Penghulu.1 Salinan kad suntikan (Bagi perniaagaan makanan) yang disahkan.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Yayasan Perak atau hubungi di talian 05-255 2929.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 12, 2022 22:07
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.