Mas Idayu Bakal Berkahwin Dengan Penerbit Eksekutif TV3

Mas Idayu yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa dirinya sudah bersedia untuk memiliki pasangan hidup yang boleh menemaninya dihari tua nanti.

Dia yang kini berhijab dan tampil lebih berani dengan busana yang unik dan mempersona setiap kali muncul di kaca televisyen sudah tidak menyembunyikan identiti lelaki pilihannya itu lagi.

Sebelum ini , Mas Idayu masih belum bersedia berkongsi tentang pilihan hatinya dan masih dalam fasa mengenali dan tidak mahu berkongsi tentang hubungan mereka.

Baru-baru ini , dalam satu temubual bersama wartawan , Mas Idayu sempat berkongsi tentang indentiti  bakal suaminya dan detik perkenalan mereka sehingga bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun ini.

Bakal suaminya yang juga seorang Penerbit Eksekutif di TV3 iaitu Sufian Isa dikatakan mula menjalin hubungan serius dengannya sejak beberapa bulan lalu.

Mereka yang sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lagi dan hanya berkerjasama secara profesional dan tidak pernah menyangka akan bersama pada akhirnya.

Mas Idayu yang pernah berkongsi rasa teruja apabila mengatakan dirinya dilamun cinta dan tidak menyangka akan merasai perasaan itu sekali lagi selepas menjanda selama 15 tahun.

“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri. Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik.

“Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Dari hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang serius.

“Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan,” katanya.

Tidak membuang masa , Mas Idayu juga mengakui bahawa kekasihnya , Sufian juga sudah berjumpa dengan kakak sulungnya untuk melamar dirinya mengikut adat melayu.

“Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.

Mas Idayu juga menzahirkan rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki baik dan boleh menjaganya malah mendapat restu daripada anak perempuan tunggalnya.

“Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tapi lebih pada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Malah, anak saya juga yang aturkan tempat untuk kami berjumpa empat kali.

“Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula ada beberapa, tinggal nak pilih saja,” katanya.

Sempena bulan Ramdahan yang mulia ini Mas Idayu banyak meluangkan masa dengan aktiviti Dapur Pasak bersama Putra Amaris yang mana Dapur Pasak membekalkan keperluan dapur kepada golongan asnaf dan juga anak-anak yatim.

Sekadar info, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006 .

Hasil perkahwinan telah  dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun dan tinggal bersama Mas Idayu .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 09, 2022 16:47
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.