Wany Hasrita Bakal Berkahwin Dengan Pilihannya Tahun Ini

Sebelum ini kenyataan berkenaan penyanyi Wani Hasrita yang didakwa sudah berkahwin dan tidak merahsiakan perkara tersebut daripada peminat dan juga media . Kini sekali lagi dia didakwa sudah berkahwin pada sabtu lepas dengan majlis sederhana dan private.

Walaupun sering diasak soal perkahwinan dan jodoh , Wani tetap mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak pernah berkongsi tentang hubungannya bersama mana-mana lelaki selama ini.

Tampil menafikan kenyataan tersebut dan menyatakan perkara tersebut hanya khabar angin dan tidak pernah mengambil pusing perkara tersbut kerana sudah sedia tahu tentang kerjayanya sebagai seorang selebriti yang kini sedang berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan

Berkenaan kenyataan itu , Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menegaskan bahawa pada hari tersebut dia mempunyai  program  bersama rancangan ‘Borak Dulu Baru Berbuka’.

“Sabtu lepas berlangsung majlis pernikahan? Memang tak lah! Mana dengar cerita ni? Tak lah.. tak lah, sumpah tak kahwin lagi”.

“Memang terkejut juga ni.. tapi hari Sabtu lepas saya ada program pengacaraan Borak Dulu Baru Berbuka, jadi ada saksi”, katanya lagi.

Wany yang tidak pernah berkongsi tentang hubungan peribadinya kini sudah mempunyai teman rapat tetapi masih belum bersedia untuk berkongsi dengan orang ramai tentang perkara tersebut.

Dia yang mengakui sedang mengenali hati budi kekasihnya dan bercadang untuk mendirikan rumahtangga pada tahun ini tetapi bukanlah pada masa yang terdekat.

Wany juga menyatakan yang dia sememangnya sudah lama bersedia untuk berumah tangga dan bergelar isteri dan akan memaklumkan kepada media dan peminat apabila perkara itu terjadi.

“Jujur saya katakan, setiap orang mempunyai perancangan untuk kahwin, saya mungkin soon! Dalam masa terdekat  tapi bukan sebulan dua ni”.

“Kursus kahwin dah lama pergi dari tahun lepas lagi. Kalau ada rezeki, insya-Allah (kahwin) tahun ini. Tapi bukan Ramadan atau Syawal ini”.

“Daripada segi persediaan.. tak ada apapun. Sampai dah keluar kad kahwin, segalanya sudah lengkap, dah ada tempat dan masanya bila, memang kita akan maklumkan”jelas Wany lagi.

Lebih memilih pasangan daripada kalangan orang biasa dan bukanlah public figure atau selebriti , Wani berharap agar dipermudahkan jodohnya dan impiannya itu.

Dengan umur yang sudah mencapai 30 tahun , Wany menganggap perkara tersebut bukanlah perkara main-main dan mengambil serius tentang hubungan yang dibina dan berharap hubungan yang dibina akan berkekalan selamanya.

“Sejak dilahirkan saya dah bersedia untuk bergelar isteri sebenarnya. Impian saya (untuk berkahwin) bukan dengan orang dalam industri (seni). Harap kalau ada jodohnya, tercapailah impian”.

“Saya dah umur 30 tahun, fasa main-main dah habis. Sudah tentu apabila kita berkawan memang akan pasang niat untuk berkahwin. Bila berkahwin niatnya untuk ke syurga bersama-sama sampai tua, insya-Allah,” jelas Wany.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2022 15:03
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.