Sabri Yunus Tolak Tawaran Datuk Takut Jadi Orang Lain

Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus yang kini sedang popular dengan drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti, tidak pernah terfikir apa lagi berharap untuk dirinya diberikan gelaran Datuk.

Menurut temubual bersama dengan Harian Metro dia berkata, dia sudah bersyukur apabila mendapat dua anugerah pingat sebelum ini iaitu dari Istana Pahang pada 2004 dan Istana Kelantan (2014).

“Apa nama pingatnya, biarlah saya saja yang tahu tapi alhamdulillah, syukur. Dah ada dua pingat itu, bagi saya amat bermakna untuk dijadikan kenangan. Manakala gelaran Datuk, memang saya tak fikir pun.

“Saya juga tidak pernah ditawarkan lagi gelaran itu (Datuk) darpada mana-mana negeri setakat ini. Pada saya, rasa susah juga nak menggalas gelaran itu nanti. Jadi, cukuplah dengan dua pingat yang diterima dari istana itu,” tambah beliau lagi.

Sabri Yunus juga bimbang sekiranya gelaran berkenaan akan membuatkan dirinya berubah dan mula menjadi ‘orang lain’.

“Tapi, kalau nak beri saya kemudahan kemudahan bekerja dan berkarya, saya memang naklah. Jika ada kerajaan nak beri tanah atau tempat untuk mudahkan saya bekerja itu lebih utama daripada gelaran.”

“Kalau gelaran Datuk itu, hanya untuk saya seorang. Tapi, jika dapat kemudahan tempat bekerja, lokasi dan dana, ia boleh saya kongsi dengan ramai orang untuk berkarya. Gelaran bukan keutamaan pada saya,” katanya lagi.

Dia berkemungkinan akan menolak sekiranya gelaran itu diberikan kepadanya.

Drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti sebanyak 16 episod yang diarah dan dilakonkan oleh Sabri Yunus sendiri, kini sedang ditayangkan di Astro Ria dari Isnin hingga Khamis jam 11 malam.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 06, 2022 12:51
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.