eStart : Program eWallet Belia Bermula April 2022

Kerajaan telahpun mengumumkan sebuah program e-wallet untuk belia melalui program eStart menerusi pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini.

Inisiatif akan menerima peruntukan sebanyak RM300 juta melibatkan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar institut pengajian tinggi sepenuh masa.

Apakah Itu Program eStart?

eStart (eSkim Transaksi Tanpa Tunai) adalah program pemberian kredit e-Wallet RM150 secara one-off untuk belia.

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikredit masuk ke akaun e-wallet individu yang layak.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah kelayakan untuk permohonan:

Warganeraga Malaysia dan belia berumur 18 hingga 20 tahunPelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.Apakah eWallet Yang Terlibat?

Penebusan bagi tahun 2022 boleh dibuat melalui BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet .

Tarikh Penebusan eWallet e-Start

Tarikh penebusan adalah pertengahan April 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut boleh layari laman web Portal Belanjawan 2022 untuk sebarang maklumat terkini mengenai bantuan ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2022 19:02
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.