Inisiatif Pendigitalan PKS 2022 BSN Cecah RM5000

Inisiatif Pendigital PKS 2022 Bank simpanan Nasional (BSN) kini dibuka kepada peniaga kecil dan sederhana PKS dan koperasi. Objektif inisiatif ini adalah untuk menggalakkan penggunaan penyelesaian digital dalam kalangan PKS di Malaysia.

Menurut Bajet 2022, amaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 daripada jumlah invois pembelian penyelesaian pendigitalan seperti Sistem Di Tempat Jual Elektronik (e-POS), Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM), Pemasaran / Jualan Digital, Perolehan, Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) / Perakaunan & Cukai, Kerja Jarak Jauh dan E-Dagang.

Baca juga:Jom Daftar Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40 Pakej Peranti SiswaIni Sebab Kenapa Anda Tak Lulus BKM | Kod 06 Paling Ramai DapatSyarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakannya:

Syarat 1: PKS dan Koperasi mestilah berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia.

Syarat 2: PKS mestilah dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% individu warganegara Malaysia.

Syarat 3: PKS/Koperasi mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Syarat 4: PKS/Koperasi mestilah mempunyai jumlah purata jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000.

Cara Permohonan:

Berikut adalah cara-cara untuk memohon:

Langkah 1: Pemohon hendaklah berkomunikasi dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana – mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 perkhidmatan digital).

Langkah 2: Pemohon hendaklah melengkapkan dan menghantar borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada Pembekal Perkhidmatan.

Langkah 3: Pembekal Perkhidmatan hendaklah mengemukakan permohonan PKS berserta dokumen sokongan kepada pihak Bank.

Langkah 4: Setelah permohonan diluluskan, pemohon bertanggungjawab membuat pembayaran 50% atau lebih di mana pihak Bank akan membayar 50% daripada jumlah inbois atau sehingga RM5,000 kepada Pembekal Perkhidmatan.

Dokumen Yang Diperlukan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan bersama borang permohonan:

1 Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal/Pengarah / Rakan Kongsi PKS / pemohon yang dilantik Koperasi, yang mana berkenaan.1 Salinan lesen pendaftaran PKS (SSM atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).1 Salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).1 Salinan Penyata akaun beraudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PKS/Koperasi untuk 2 bulan terkini.Sebut harga/invois pembayaran daripada Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC.Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Portal BSN atau hubungi di talian 1300 88 1900.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 21:12
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.