Permohonan Biasiswa PIDM Ijazah Sarjana Muda 2022

Permohonan program biasiswa PIDM Ijazah sarjana muda 2022 kini dibuka. Tawaran ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memohon atau sedang mengikuti kursus pengajian dalam bidang ijazah sarjana muda sahaja.

Program ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi.

PIDM ialah agensi kerajaan yang melindungi deposit anda di bank, serta manfaat takaful dan insurans anda sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli. Sebahagian daripada mandat PIDM ialah untuk menggalakkan keyakinan orang ramai kepada kestabilan sistem kewangan di Malaysia.

Baca juga:

Ini Sebab Kenapa Anda Tak Lulus BKM | Kod 06 Paling Ramai DapatKWSP RM10K One-Off : Tarikh Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum MohonTawaran Biasiswa PIDM:

Berikut antara tawaran untuk biasiswa PIDM:

Sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar.Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan.Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;Program Mentor dan BimbinganProgram Latihan Praktikal

Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.

Syarat Kelayakan:

Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 January 2022);Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti;Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 dan ke atas;Anda seorang penuntut sepenuh masa atau sedang menunggu tawaran kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (“LAN”), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM;Tidak dapat meneruskan pengajian tanpa bantuan kewangan;Tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain;Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon;Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (“QS”) dan Times Higher Education Rankings (“THE”) akan diberi pertimbangan.

Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai kolej dan universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.

Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.

Pra Syarat Kelayakan

Senarai prasyarat merangkumi:

Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.Tarikh Permohonan Dibuka:

Sila lengkapkan permohonan dalam talian anda bersama dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan sebelum 22 April 2022. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Cara Permohonan:

Permohonan secara online boleh dibuat menerusi https://scholarship.pidm.gov.my/bm/secure/sign-up/

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang PIDM atau hubungi 03-2173 7475 / 7598.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 23:02
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.