I-PUSH Bakal Membantu Ushawan Mikro Yang Terjejas Bermula 1 April

Berita baik buat usahawan mikro di Pahang yang terjejas akibat pandemik Covid-19 akan dibantu melalui Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) bermula 1 April ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, skim itu dijangka dimanfaatkan lebih 2,500 usahawan di seluruh negeri ini.

“Atas keperihatinan kerajaan Pahang telah memperuntukkan RM20 juta bagi tujuan pembiayaan skim I-PUSH ini yang mana kita menawarkan pinjaman ini antara RM3,000 sehingga RM10,000.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pembukaan pendaftaran I-PUSH di Wisma Sri Pahang yang dihadiri Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Razihan Adzharuddin.

Wan Rosdy menjelaskan, skim terbabit memperkenalkan pembayaran balik pembiayaan tanpa faedah bagi mengurangkan beban pemohon.

Katanya, pembayaran balik pembiayaan tanpa faedah turut diperkenalkan dalam skim I-PUSH iaitu lima tahun tempoh pembiayaan termasuk tahun pertama moratorium yang diberikan.

“Jumlah pembiayaan akan disalurkan untuk setiap pemohon yang berjaya berdasarkan syarat-syarat kelayakan tertera. Malah, kita akan permudahkan urusan (permohonan) ini,” katanya.

Tarikh

Permohonan pada 1 hingga 31 April

Permohonan

Anda boleh melihat Panduan Permohonan Skim I-PUSH yang dimuat naik di portal rasmi https://smu.pahang.gov.my

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2022 18:04
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.