PERMOHONAN UNTUK PENGELUARAN KHAS KWSP BERMULA 1 APRIL 2022

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Namun, pihak KWSP juga menasihatkan pencarum mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa hadapan dan hanya mengeluarkan simpanan jika benar-benar perlu.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP bagi adalah seperti berikut:

Ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke bawah.Warganegara dan bukan warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap.Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150.

Baca juga: Pengeluaran KWSP Anda Perlu Zakat 2.5% Jika Tiada Keperluan Yang penting

Amaun Pengeluaran

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran bagi pengeluaran khas ini dibuat dalam 1 bayaran sahaja mulai 20 April 2022.

Cara Memohon

Permohonan bagi pengeluaran khas ini boleh dibuat menerusi pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my. 

Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP.Baki simpanan KWSP disemak.No akaun bank adalah aktif (simpanan atau semasa).Akaun di atas nama sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran khas ini, sila layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ atau hubungi talian pengeluaran khas di 03-8922 4848.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2022 21:11
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.