Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang Sehingga RM20,000

Perhatian kepada anak negeri Pulau Pinang, Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP kini telah dibuka kepada yang berkelayakan.

Bantuan dermasiswa ini dulunya dikenali sebagai Bantuan Dermasiswa E-Minhah.

Bantuan ini diuruskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, namun pada tahun 2022 ini ZPP akan menguruskan bantuan dermasiswa ini sepenuhnya dengan dijenamakan semula sebagai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang.

Para pelajar boleh menerima bantuan dalam pelbagai jumlah, minimum RM2,500 hingga kadar maksimum RM20,000 bergantung pada tahap pengajian serta tempoh pengajian.

Baca juga:

Kadar Bayaran BKM Mengikut Kategori Fasa 1 Hingga Fasa 4Mohon Hadiah Insentif RM1,000 Untuk Pelajar Masuk IPT HPIPT 2022Tarikh Permohonan Dibuka:

Tarikh buka permohonan mulai 23 Mac 2022 sehingga 22 April 2022.

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

Pemohon mestilah seorang yang beragama Islam.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama 3 bulan.Pemohon mestilah tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.Cara Permohonan:

Berikut adalah cara-cara untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal Zakat Penang.

Langkah 2: Pilih menu Bantuan Zakat.

Langkah 3: Kemudian klik Permohonan Bantuan.

Langkah 4: Seterusnya pilih menu Dermasiswa Pengajian.

Langkah 5: Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan secara online.

Langkah 6: Semak dan tekan butang Hantar setelah selesai melengkapkan borang permohonan.

Langkah 7: Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen -dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan:

1 Salinan kad pengenalan pemohon.1 Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan.1 Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal).1 Surat pengesahan JKM, SOCSO dan Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan).1 Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan).1 Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT).Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Zakat Penang atau hubungi di talian 04-549 8088 / 125/ 155.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2022 23:42
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.