Lirik Lagu DSV Menyentuh Hati Dan Mendapat Pujian Netizen
Semalam Datuk Seri Vida menyatakan bahawa dia akan melancarkan MV terbaru dengan lagu berjudul “Ku Ihlaskan ” pada jam 5 petang namun terdapat sedikit kesilapan teknikal yang berlaku dan akhirnya dilancarkan pada pukul 3 pagi tadi.
Namun MV tersebut tetap mandapat sambutan apabila ianya sudah mendapat review daripada instafamous terkenal malah mendapat banyak komen positif daripada netizen.
“Sepatutnya lancar pukul 5 petang semalam tapi ada masalah teknikal. Setelah sekain lama menunggu akhirnya saya lancar pukul 3 pagi. Saya terharu dengan sambutan, ramai yang ikhlas beri komen.
DSV juga berkongsi rasa gembira apabila dipuji dan menerima kata- kata sokpongan daripada netizen yang meningaglak komen di akaun miliknya.
Walaupun mempunyai vokal yang tidak sempurna tetapi lagu yang dibawakan begitu mengusik hati dan berjaya melembutkan hati netizen yang sentiasa mengecam DSV.
Berkongsi dengan peminat bahawa kos MV lagu tersebut menelan belanja lebih kurang RM400,000 dan sangat berharap agar MV tersebut mendapat lebih tiga juta tontonan dalam masa sehari.
DSV juga berkongsi bahawa MV dan lagu tersebut bukan sahaja berkisar tentang kisah peribadinya namun segala emosi pernah dialaminya di masa lalu yang banyak melukai dan meyikiti hatinya.
Menghadapi pelbagai kecaman dan kejian daripada netizen membuatkan dia meluahkan segala yang terpendam melalui lagu dan MV tersebut
“Keperitan, kecaman bertubi-tubi saya hadapi, sekecil perkara diambil kira, sebesar hama ditimbang tara. Apa yang saya paparkan ini duka lara yang saya sendiri alami,” katanya.
Malah DSV juga menjelaskan bahawa pelancaran MV tersebut adalah salah satu usahanya untuk mengumpulkan dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah miliknya untuk saham akhiratnya nanti.
“Ini adalah usaha saya untuk kumpul dana pusat tahfiz saya dan saham akhirat, juga akan disalurkan kepada yang memerlukan apatah lagi kita menghampiri Ramadan,” katanya.
Mendapat banyak pujian selepas Mv dilancarkan , netizen memuji konsep yang dipaparkan dan vokal DSV yang semakin baik dan tidak melebih-lebih seperti MV yang sebelumnya,
Namun terdapat juga kritikan yang menyatakan bahawa MV kali ini menyeramkan kerana konsep yang diketengahkan dan warna – warna yang digunakan cukup garang .
Terdapat juga yang memberi komen bahawa DCV terlalu berlebihan dalam berbusana dalam MV berkenaan dan nampak terlalu over dengan busana yang terlalu besar.
https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/03/277051320_151721480601487_5051043079510823642_n.mp4
Malahan makeup juga dikatakan keterlaluan dan berlebihan sehingga tidak menampakkan kecantikan sebenar DSV.
Tidak kurang ada yang terkejut dengan kemunculan PA DSV dalam MV tersebut yang kelihatan sado dan pandai melakonkan watak yang diberikan .
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
