Saya Tak Pernah Terfikir Dan Tak Ada Masa – Amelia Henderson

Pelakon kacukan India-Scotland , Amelia Henderson brkongsi tentang dirinya yang masih berlum belum bersedia untuk berumahtangga selepas berpisah dengan bekas suaminya.

Malah mengakui dirinya masih belum memikirkan perkara tersebut dan tidak mempunyai masa yang terluang untuk mencari jodoh seperti orang lain kerana terlalu sibuk berkerja.

Amelia juga menyatakan bahawa dirinya masih selesa dengan keadaan sekarang dan sedang menumpukan perhatian sepenuhnya kepada karier seninya buat masa sekarang.

Namun tidak menolak jodoh kerana dia juga mempunyai keinginan untuk berkahwin seperti wanita lain tetapi masih memerlukan masa untuk memikirkan perkara tersebut .

“Pengganti untuk teman hidup? Saya boleh temankan diri saya sendiri sejauh mana yang boleh. Saya pun ada team dan keluarga yang sangat kuat.”

“Jadi, saya tak pernah terfikir pun dan tak ada masa pun. Sebenarnya, saya sebagai ‘workaholic’, saya kena pentingkan apa yang ada dalam karier saya dahulu.”

‘Tapi selagi jodoh atau rezeki ke arah itu belum ada, saya tak boleh nak kawal.”

“Saya pun tak boleh nak rancang kalau calon pun tak ada. Memang ada yang cuba mendekati tapi dengan jadual macam ini, tak ada masa,” jelas Amelia.

Amelia juga berkongsi bahawa dirinya pernah dilamar melalui DM namun memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mahu melayan perkara tersebut.

Dia yang berterima kasih dan sangat bersyukur apabila mempunyai peminat yang sentiasa menyokong karier serta dirinya.

Dalam pada itu , Amelia sempat berkongsi tentang hubungannnya dengan Aedy Ashraf dan mengakui bahawa mereka berkawan rapat dan sering bekerjasama dalam dunia seni.

Mengakui dirinya tidak terganggu dengan gosip yang tersebar di media sosial mengenai hubungan mereka kerana perkara itu sentiasa berlaku sebagai seorang selebriti malah berasa gembira kerana kolaborasi antara mereka begitu kuat sehingga terbawa-bawa ke realiti.

Pernah digandingkan dalam drama Kisah Hidup Kita dan mendapat sambutan hangat daripada peminat malah sehingga kini masih mengaitkan mereka berdua walaupun selepas dua bulan drama selesai ditayangkan.

 

 

 

“Setiap kali saya jumpa Aedy, saya tanya dia ‘Aedy kenapa semua orang macam sibuk nak tanya I fasal you saja’. Lepas itu dia cakap ‘memang la saya Aedy Ashraf kot.”

“Kami memang kawan rapat, tak ada masalah pun. Kami pun baru juga jumpa. Kami banyak juga projek bekerjasama yang tengah berjalan.”

“Bagi saya, benda ini (gosip) tak ganggu pun hidup saya. Lagi banyak orang tanya fasal ini, maksudnya drama lakonan kami sangat meletop.”

“Kalau tak, mesti tak akan orang bertanya sedangkan cerita itu dah habis beberapa bulan lalu. Kiranya, lakonan kami pun menjadi. Sebagai pelakon, itu yang kami nak.”

Untuk info , Amelia dan pasangannya mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta.

Namun pada tahun 2018 , Amelia telah  mengumumkan bahawa dirinya dan bekas suaminya, Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar sudah berpisah tetapi tidak berkongsi tarikh perpisahan itu berlaku .

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinan mereka dan berpisah secara baik .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 21, 2022 23:23
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.