Permohonan Bantuan Anak Pelihara (BAP) sebanyak RM250
Permohonan bagi Bantuan Anak Pelihara (BAP) kini dibuka dan boleh dimohon menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bantuan ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara serta meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
Kerajaan menawarkan bantuan berbentuk kewangan RM250 sebulan atau maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Baca juga:
Pengeluaran Khas KWSP RM10K : Permohonan Online & Tarikh BayaranSemakan BKM Bujang 2022 – Tarikh Rasmi Bayaran Fasa 1 Bulan MacSyarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat kelayakan:
Syarat 1: Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
Syarat 2: Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
Syarat 3: Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
Syarat 4: Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.Cara Permohonan:Berikut adalah cara-cara permohonan:
Langkah 1: Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara
Langkah 2: Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Langkah 3: Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Langkah 4: Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen sokongan:
1 salinan Kad Pengenalan diri pemohon.1 salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.1 salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.1 salinan penyata gaji (jika ada).Lain-lain dokumen yang berkaitan.Muat Turun Borang: JKM 18 Borang Permohonan Bantuan JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bantuan Anak Pelihara (BAP) atau hubungi di talian 03 – 8000 8000.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
