Normah Damanhuri Sebak Tak Terkata, Kak KM & Adik Beradik Hadiahkan Rumah Baru Buatnya

Pelakon veteran yang pernah menghiasi drama Tv di Malaysia iaitu Normah Damanhuri baru- baru ini menerima hadiah istimewa daripada anak-anaknya.

Kak KM atau Liana Rosli berserta adik beradik yang lainnya bersama- sama memberikan kejutan buat ibu tercinta dengan membina sebuah rumah baru yang dibuat diatas tanah arwah bapa mereka.

Walaupun adik beradik itu terutamanya Kak Km yang sering dikecam kerana sering mencetuskan kontoversi tetapi kurang juga ramai mengagumi hubungan rapat usahawan itu bersama adik beradik dan ibunya.

Dia juga pernah membelikan ibunya sebuah kereta mewah dan juga barang kemas selain memberikan kemewahan lain buat ibunya itu.

Normah Damanhuri kini sudah kurang aktif dalam bidang seni dan lakonan tetapi sering dilihat ditemani anak-anaknya menjalani hari tua yang bahagia kerana disayangi anak-anaknya.

 

https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/03/10000000_117945784000091_2754686174374964673_n.mp4

 

Dalam video yang dikongsi Kak Km , ibunya dilihat menahan sebak sebaik sahaja menerima kejutan berkenaan dan semestinya merasa gembira kerana rumah yang dibina semula itu berada di kampung halaman mereka.

Menurut Kak Km dan adik-beradiknya yang lain,  hadiah rumah berkenaan adalah daripada hasil perniagaan jamu dan juga produk keluaran mereka bersama.

Mereka mengumpul dana untuk membaiki rumah tersebut supaya kelihatan baru dan lebih selesa untuk didiami oleh ibu mereka dan tempat berkumpul sekeluarga .

 

 

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mana ramai merasa kagum dengan layanan mereka kepada ibunya itu dan kebersamaan serta kemesraan mereka sekeluarga.

Namun tidak kurang juga yang masih tidak menyukai Kak Km kerana sering berpakaian seksi dan melakukan aksi-aksi tidak menyenangkan di media sosial.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 17, 2022 21:54
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.