Stacy Sudah Tidak Mampu Berahsia Lagi
Penyanyi kelahiran Sabah , Stacy Anam baru – baru ini kelihatan sedikit berisi dan terlihat bahagia di sisi suami tercinta apbila lagu yang dicipta olehnya dan suami telah memperolehi kemenangan di AJL dengan lagu Cinta nyanyian Marsha Milan.
Kombinasi 3 individu ini menjadi viral apabila Marsha memenangi persembahan terbaik setelah lama dalam bidang seni dan juga mencipta fenomone apabila kerjasama ini telah mengabungkan artis kelahiran relaiti tv iaitu Akademi Fantasia.
Mereka yang pernah sama-sama bertanding merebut gelaran juara sekaligus masih berada dalam industri kerana bakat dan juga kehebatan vokal masing-masing.
Dalam rancangan Meletup semalam , Satcy telah berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya kini sudah mencecah empat bulan.
Stacy telah memaklumkan perkhabaran gembira tersebut setelah ditanya oleh hos program tersebut iaitu Elly Mazlein mengenai kesahihan berita yang sedang hangat diperkatakan itu.
“Kalau dah tidak boleh nak tutup, sudah pecah lubang itu iya lah. Alhamdulillah. Ya, betul. Saya hamil empat bulan. Tetapi tidak boleh bersembunyi dah. Besar sudah perut,” jawabnya.
Dia berasa gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan malah tidak sabar untuk menimang cahaya keduanya itu.
Stacy baru- baru ini mengeluarkan single terbaru miliknya yang bertajuk Cinta dan telah mendapat lebih kurang 500 ribu tontonan di Youtube.
Malah masih aktif melakukan aktiviti memasak bersama manggi cukup rasa dan sering live memasak bersama peminat di Ig miliknya.
Stacy mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Eshaal Ariq Hakim.
Stacy juga turut mempunyai anak angkat perempuan bernama Bella De Luna yang kini berusia sembilan tahun.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
