Bantuan Program Budi MARA Untuk Pelajar MRSM B40

Program Budi MARA diberi khas kepada pelajar daripada keluarga golongan B40. Peluang ini diberikan supaya mereka berpeluang mendapat kesamarataan dengan para sebaya mereka melalui pelbagai kemudahan yang diberikan agar mereka dapat menjalani pembelajaran dengan sempurna.

Ia merupakan inisiatif pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi para pelajarnya yang melanjutkan pelajaran di mana-mana Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikhususkan bagi mereka yang layak.

Melalui program ini, pegawai MARA Negeri, Pegawai MARA Daerah dan warga pendidik MRSM berperanan mengadakan lawatan ke rumah pelajar yang kurang berkemampuan dengan menilai latar belakang keluarga, keadaan kediaman, menilai status ekonomi keluarga bagi mengenal pasti pelajar yang layak menerima BUDI MARA.

Baca juga:

Pengeluaran Khas KWSP RM10000 DibenarkanSemakan BKM Bujang 2022 – Tarikh Rasmi Bayaran Fasa 1 Bulan MacSyarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan Program Budi MARA:

Pemohon mestilah berpendapatan isi rumah kurang kurang daripada RM1,500.Pemohon mestilah lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.Keluarga pemohon mestilah mempunyai tanggugan 5 orang dan ke atas.Bantuan Yang Diberikan:

Berikut adalah diantara bantuan yang akan diberikan bernilai RM1,100 :

Bantuan Yuran persekolahan.Bantuan Pakaian sekolah.Bantuan Barangan keperluan harian.Bantuan Peralatan pembelajaran.Bantuan Tambang perjalanan cuti semesta.Bantuan Pakaian sukan.Bantuan Barangan keperluan peribadi.Bantuan Wang saku bulanan RM50.Bantuan Pengecualian bayaran wang caruman.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Portal rasmi MARA atau hubungi di talian Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 16, 2022 01:08
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.