Ruhainies Tampil Jelaskan Isu Tentang Dirinya Sudah Berumahtangga Secara Rahsia
Ruhainies yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Sayang Tak Dikenang dan kini drama tersebut sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.
Selepas hangat digosipkan dengan pelakon sensasi iaitu Zul Ariffin , kini Ruhainies berdepan dengan dakwaan bahawa dia sudah berkahwin dan merahsiakan perkara tersebut daripada media dan juga umum.
Namun demikian , pelakon jelita ini hanya menyatakan bahawa dirinya akan memberikan penjelasan berkenaan isu berkenaan dalam masa terdekat.
“Dalam bulan ini juga, Insya-Allah, saya akan ceritakan semuanya.”
Tidak terlalu terburu- buru membuat penjelasan mengenai isu yang dia sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya , Ruhainies hanya meminta pihak media bersabar sebelum dia mengumumkan perkara tersebut.
Ruhainies, 30, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ketika dihubungi oleh pihak media mengakui dirinya juga sedang menantikan waktu yang sesuai untuk mendedahkan dan menjawab persoalan itu.
“Apa yang boleh dikatakan, perkara baik dan menggembirakan tentunya saya akan kongsikan dengan semua. Tapi, belum masanya lagi , katanya .
Adik kepada pelakon cantik Risteena ini juga pernah berkongsi tentang lelaki pilihannya dan mengakui dirinya tidak terlalu cerewet dan menerima seadanya lelaki yang baik dan menepati beberapa kriteria yang diinginkannya.
“Apa yang penting, dia adalah lelaki yang baik dan menepati kriteria untuk menjadi suami yang baik buat saya,” katanya.
Dia yang masih sibuk mempromosikan drama yang sedang ditayangkan di TV3 yang mana dia bergandingan bersama Fadlan Hazim dan juga Ezzanie Jasny sebagai peneraju utrama dalam drama tersebut.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
