Neelofa Berkolabirasi Dengan Izara Aishah Untuk Projek Terbaru Menjelang Raya

Izara Aishah yang sering menjadi duta bagi beberapa produk terkenal baru- baru ini muncul dalam satu iklan tudung Neelofa malah telah berkongsi koleksi tudung Neelofa di Ig miliknya.

Dalam perkongsian tersebut dia berkongsi beberapa koleksi tudung Neelofa bersama beberapa model lain yang sama cantik dan jelita sepertinya.

Koleksi berkenaan dikatakan bakal dijual menjelang Ramadhan bagi koleksi raya bagi peminat tudung Neelofa.

 

 

Neelofa yang baru habis berpantang selepas melahirkan anak lelaki pertamanya turut hadir diruangan komen posting berkenaan dengan memberikan komen tentang kegembiraanya menggunakan wajah Izara sebagai duta produknya itu.

Dan mendapat balasan daripada Izara yang turut mengucapkan terima kasih atas pemilihan dirinya sebagai wajah Neelofar pada tahun ini  .

 

 

Izara kelihatan sungguh anggun dengan tudung yang dipakainya malah tidak kekok untuk memberikan pose yang menarik bagi memamerkan design tudung berkenaan.

Di ruangan komen juga netizen sempat memuji kecantikkan Izara dan begitu senang dengan penampilan Izara yang sentiasa cantik dan menawan.

 

 

 

Izara yang mula bertudung sejak tahun lepas telah mendapat banyak tawaran menggayakan busana muslimah berserta tudung daripada jenama terkenal malah sentiasa

terlihat sangat sopan dan semestinya menutup aurat dengan pakaian yang longgar serta tudung yang labuh.

Pasangan sahabat ini dahulu pernah menjadi peserta dalam pertandingan Dewi Remaja sebelum menjadi pelakon dan terkenal sebagai selebriti hebat dan berjaya.

Nama mereka sering menghiasi majalah dan juga sering muncul di dalam drama serta filem yang pernah menjadi  fenomena pada ketika dahulu.

Namun kini keduanya sudah berhijrah dan menjadi idola para peminat malah Neelofa pernah menjadi inspirasi kepada seorang penyanyi popular Indonesia iaitu Lesti Kejora yang dahulunya tidak bertudng dan berpakaian seksi.

Persepakatan ini menjadi satu permulaan bagi mempromosikan tudung keluaran Neelofa yang juga pernah menjadi viral dan laku keras semasa Ramadhan beberapa tahun lepas.

Neelofa juga mengakui bahawa dia sememangnya menginginkan wajah Izara menjadi duta dan kali ini keinginannya tercapai dan sangat bersyukur kerana berjaya berkolaborasi bersama sahabatnya itu.

Produk Neelofa sentiasa mendapat tempat di Malaysia dan sentiasa habis dijual malah sebelum ini produk pelitup muka keluarannya mendapat jualan hampir 1 juta unit .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 14, 2022 22:00
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.